15 Syaaban datang lagi. Thanks so much to those yang update pasal ni especially dekat Facebook. Nak harap diri sendiri ingat,haih.
Kelebihan bulan ini antaranya;
Keagungan malamnya,iaitu malam nisfu Syaaban seperti agungnya malam Lailatul Qadar pada bulan Ramadhan.
Nabi S.a.w pun ada bersabda tentang kebaikan yang ada dalam bulan ni; “Kerana dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang banyak sekali.” (Dipetik dari kitab Raudatul Ulama)--sumber dari sini
Digalakkan untuk kita, perbanyakkan puasa sunat, zikir, selawat, dan amal-ibadah selayaknya. (amalan sunat yang lainlah).
Banyak lagi boleh dibaca di sini
Antara firman dan hadis, aku lebih lagi tertarik dengan yang ini. T_T
“Allah melihat kepada hamba-hamba-Nya pada malam Nisfu Syaaban, maka Dia ampuni semua hamba-hamba-Nya kecuali musyrik (orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang benci membenci).” [Riwayat Ibn Hibban, al-Bazzar dan lain-lain]."
Jadi, sempena keberkatan Syaaban,lebih-lebih lagi buku catatan kita selama setahun digantikan dengan yang baru,kemaafan aku pinta atas khilaf tutur bicara,perbuatan dan segalanya. Aku manusia yang jauh dari sempurna,mungkin kau kau kau juga begitu. Maka segala yang berlaku atas niat atau di luar niat, jika kau kau kau terusik,aku mohon maaf dan ampun dari kau kau kau semuanya, tiada yang terkecuali. Moga DIA berikan keampunan atas perbuatan lalu dan keberkatan dan keredhaan atas apa yang bakal kita lalui beserta buku catatan yang baru ni. Buang yang keruh,ambil yang jernih dan sama-sama kita perbaiki diri.
Apa-apa pun,Dia lebih mengetahui,kan?
No comments:
Post a Comment