Tuesday, July 27, 2010

#10


Oh,sila jangan switch ke mood sedih. Tidak. entry ni bukan entry leleh2 nangis2..Ni macam ala-ala memperkenalkan salah satu kelemahan diri yang menyedihkan. Tak semestinya kene sedih air mata berjurai-jurai. Kadang-kadang macam-macam cara untuk orang tunjuk kelemahan diri. Ada yang berterus-terang sambil bersedih-sedih, ada yang bangga terang-terang kasi tahu alam semesta, macam-macam lagi lah.

Ok cukup.

Sekarang nak cerita perihal diri berbelanja. Oh sungguh ngeri bila teringatkan o.0

Satu perangai tidak boleh belah aku adalah tidak boleh tidak. Pasti nak. Tak sekarang,akan datang. Sumpah bahaya. Gila tak tetap pendirian. Walaupun dalam hati dah tanam azam dari rumah tak nak beli benda merepek tapi tewas juga akhirnya. T_T

Lepas tu lepas tu, kalau keluar pasti kena ada benda di tangan yang dijinjing bawa balik rumah. Mesti ada. Rasa kalau keluar tapi balik tangan kosong, sumpah membazir. Membazir saat minit dan jam. Padahal kalau dah beli sesuatu lagi-lagi yang macam tidak berapa penting lagi double membazir, masa dan wang. Cis.

Sale!Mega sale, year-end sale, summer sale, boxing day! Wah wah wah!Waktu beli tu kan, macam kadang-kadang ade tak perasaan macam serba salah. Nak beli ke taknak beli?Penting ke tak?Oh no. Dah start tu gangguan durjana si iblis. Selalu aku tewas. Rasa sumpah rugi kalau tak beli.Bukan selalu ada promotion gila babeng macam tu, bisik hati aku. Selalu. Padahal kan, kalau lelap mata takyah beli, balik rumah esok pagi bangun tidur dah lupa. T_T

Post-purchase rationalisation. Perkara ini takkan dapat elak,lagi-lagi lepas berbelanja banyak lalu menjadi miskin. Tsk tsk. Demi memujuk hati, diri cuba sedaya-upaya berfikir positif dan cuba men'justify'. Tak pe, bukan beli benda membazir pun, berguna ni. Kalau bukan sekarang,akan datang. 
Kalau dah banyak kali takpe,habislah duit simpanan dalam bank,tabung ayam semua licin.Tau pulak meroyan.

Eiiiii-bayyyy!Sila jangan gatal-gatal browse melainkan untuk cari benda-benda penting. Jika tidak,nescaya akan menyesal sebab kalah dengan blouse atau novel atau perfume atau electronic gadget atau apa-apalah yang kau tak akan duga termasuk highlighter stabilo ke yang muuuraaah rah rah atau kadang-kadang tidaklah berapa murah tapi tangan gatal nak godek-godek current bid. Ini.juga.kelemahan.saya. T_T


Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Setiap hari ketika umat manusia memasuki waktu pagi, pasti ada dua Malaikat turun. Satu di antara keduanya akan mengucapkan: Ya Allah, kurniakanlah ganti kepada orang yang berbelanja iaitu menggunakan harta untuk beribadat, untuk kepentingan keluarga, tetamu, bersedekah dan sebagainya. Sedangkan Malaikat yang satu lagi akan mengucapkan: Ya Allah, berikanlah kerosakan iaitu kerugian kepada orang yang tidak mahu berbelanja.


p/s-Nak jadi kedekut dengan diri sendiri boleh tak?

No comments: