"Tulis blog ni payah jugak kadang-kadang. Marah orang lain,orang lain yang terasa. Emo pasal cerita lain,cerita lain pulak masuk kepala.."
I edited this quote (from one of the blogs I follow) a bit but the message is still there. Misunderstanding. Dan aku rasa aku macam nak tulis jugaklah pasal ni.
Aku setuju dengan ayat kat atas tu. Sebagai manusia, kita ada perasaan yang pelbagai, ikut pada situasi,masalah or dengan siapa kita berhadapan. Sometimes we just cant express such feelings in words. Or maybe, we expressed it just to realise we have made other people who didnt even involve in the situation have such funny feelings about it. I too, have experienced it. Bila tengok kawan-kawan sendiri marah dekat blog,twitter or even Fb status, mesti ada rasa pelik atau terasa lah kan. Itu tak pelik aku rasa, or aku cepat terasa (?).Entah. Sebab aku rasa those who are close to me bukan jenis suka-suka senang menganjing2 dekat blog, semua benda tak kena sikit-sikit nak tulis dekat FB lepas tu dapat tepukan gemuruh tanda like banyak2. Jadi kalau tiba-tiba ada, mesti ada something.
Sometimes I do have the strength to ask (kes2 kawan yang rapat) untuk betulkan keadaan. Satu,kalau pasal aku,mungkin dapat menjernihkan keadaan. Kalau tak on the spot,mungkin lain-lain hari. Dua, kalau bukan pasal aku, legalah kan?Itu je. Tapi kalau orang lain nak marah-marah menganjing dekat FB dan memang tak ada kaitan dengan hidup aku,lelapkan mata saja.
One time, one of my friends said to me she thought I was writing about A when the truth wasnt. HAHA..Memang tak ada kaitan dengan that person she was mentioning about. See?Ape yang ada dalam kepala ni tak selalunya sama dengan yang dalam kepala orang lain. Apa yang kita fikir masa tengah tulis entry, mungkin tak akan sama dengan apa yang orang akan bayangkan masa orang baca. Well, that is one of the features of written form kan?Susah babe,susah.
Sekali lagi,perasaan manusia ni kan pelbagai. Kadang-kadang aku emo pasal A, B pulak yang terasa.Sentap. Sedih pasal Bobo, Roro pulak yang rasa bersalah. Marahkan I, R pulak terasa padahal macam mana marah or kecik hati,sentap,bengang dengan I, kawan tetap kawan, baik semula yang mana perkara tu takkan terjadi dekat R sebab R memang tak ada tempat dalam life aku. How complicated!Satu je soalan aku, kalau apa yang aku tulis ni tak ada kaitan dengan si polan, tapi si polan tu terasa, berdosa ke aku?
Kadang-kadang aku terfikir, sebenarnye apa tujuan orang tulis blog. Yang buat bisnes or blog artis tu, memang dah ada jawapan rigid. Yang ala-ala diary tu memang jenis willing untuk bercerita kisah hidup. Aku?Entah.Suka-suka. Kalau aku rasa aku happy, and rasa nak share, aku share. Aku emo, kadang-kadang aku share pastu siapa pun tak faham aku emo pasal apa. Entah. Aku tak ada rigid reasons for this. Kau ada?
And ada lagi satu point penting yang aku dapat daripada one of the blogs I follow, yang cakap, blog jugak lah tempat untuk kita menilai kematangan kita. "Kita membesar seiring dengan blog". Betul?Salah?Aku harap aku tak silap tafsir tapi bagi aku, betul. Yelah, kalau dulu, tak fikir banyak main redah je tulis apa nak,hari ni makan apa tulis sampai 4-5 perenggan. Pergi cari baju raya pun boleh sampai dua entri. Sekarang, nak tulis apa-apa kena consider pelbagai pihak. Kena perhati balik apa yang dah ditulis. Walaupun ini belog aku,suka hati aku lah nak tulis apa, hakikatnya, manusia lain pun berhak untuk terasa atau terusik dengan apa yang kita tulis. Macam kita rasa kita ada hak untuk memuji diri dan memaki orang lain, orang lain juga ada hak untuk rasa terhina dan terasa bangsat. Once I made it public, there are risks to face. Bukan nak kata diri sendiri dah matang untuk menulis, tapi semakin hari kita semakin belajar yang semua benda kita kena fikir baik dan buruknya. SEMUA kena ambil kira kanan dan kirinya. Kan?
p/s-Macam mana pun, aku minta maaf kalau apa yang aku tulis tu buat kau kau kau yang tak ada kaitan,terasa or makan hati. Aku pun manusia biasa, ada pelbagai perasaan. Kadang-kadang aku tersilap mengolah,kau kau kau tersilap terjemah. Aku tulis lain, kau kau kau fikir lain, and aku minta maaf. Seri 0-0 dah kan :)
No comments:
Post a Comment