Maka berkata orang muda itu, 'Ya Rasulullah S.A.W, ayah saya telah meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang hendak memandikannya.' Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya. Setelah mengikut orang itu, maka Abu Bakar r.a dan Umar r.a. mendapati ayah orang muda itu telah bertukar rupa menjadi babi hitam. Maka mereka pun kembali dan memberitahu kepada Rasulullah S.A.W, 'Ya Rasulullah S.A.W, kami lihat mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam.'
Kemudian Rasulullah S.A.W dan para sahabat pun pergi kerumah orang muda itu dan baginda pun berdoa kepada Allah S.W.T. Kemudian mayat itu pun tukar kepada bentuk manusia semula. Lalu Rasulullah S.A.W dan para sahabat menyembahyangkan mayat tersebut. Apabila mayat itu hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu berubah menjadi seperti babi hutan yang hitam. Maka Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada pemuda itu,
'Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia didunia dulu?'
Berkata orang muda itu, 'Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan solat.' Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda, 'Wahai para sahabatku, lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Dihari kiamat nanti akan dibangkitkan oleh Allah S.W.T seperti babi hutan yang hitam.'
Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka menyembahyanginya, tiba2 kain kafan itu bergerak. Apabila mereka membuka kain kafan itu, mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat. Lalu mereka cuba membunuh ular itu. Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut, 'Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, mengapakah kamu semua hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S..W.T yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat.'
Lalu para sahabat bertanya, 'Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?' Berkata ular, 'Dia telah melakukan tiga kesalahan, di antaranya;
1. Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk
sembahyang
2. Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.
3. Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama. Maka inilah
balasannya' .
Okeyla mungkin itu zaman dahulu, zaman Rasulullah memang Allah tunjuk direct kan...tp ini zaman dunia sekarang punya cerita lah, sudahkah anda lupa? (kes budak 18 tahun meninggal then kebumi then lpas 3 jam, deme kluarkan balik dari kubur sbb nk cek punca kematian yg diragui, tengok2 dah jadik cenggini.isk.)
Jadi pada yang masih sempat bernafas dan bekum ditarik nyawa, kita masih mampu mengubahnya.
p/s-Nauzubillahiminzalik.Aku pun tak sanggup tengok lama-lama.Maaf kalau ada yang tak sanggup tengok.Sama-sama ambil pengajaran.Wallahualam.
Credit to: Fasihah Samad from her note "Siapa yang sampai sekarang tak solat lima waktu angkat tangan."
5 comments:
Nauzubillah..mintak2 Allah pelihara kita dr seksaan sebegitu rupa..
ngeri ah. but thanks for sharing this.
@dean:insyaAllah
@nani othman:welcome.semoga sama-sama dapat pengajaran.thanks for reading :)
thanks so much for sharing such an important reminder... kadang2 diri yang lemah ini lupa... Ya Allah... kau bimbinglah kami semua agar kami semua menjalani kehidupan yang diredhai dan dirahmati olehMu di Dunia dan di Akhirat... Dan agar kami kekal di SyurgaMu selama2nya... Amin...
Thanks Dilla...
@truthseeker:sekadar berkongsi :)
Post a Comment