Wednesday, July 21, 2010

#22

24 hari lagi saya akan menjejakkan kaki ke tanah air tercinta. Sungguh excited tapi macam ada nervous sikit. WHY eh?*hoh huruf besar amik kau!* Macam bila duk start kemas-kemas barang muat-muatkan dalam beg,tiba-tiba rasa macam ada kupu-kupu dalam perut. Ok,sangat lame. Orang lain dah lama dah balik lah weh..!


Oh,kenapa saya pulang lewat?Org lain MAJORITInya dah huha huha weehoo weehaa dekat Malaysia,saya masih di sini?T_T

#1-Rezeki.Ye. Masa orang lain pung pang pung pang sibuk usyar tiket,saya usyar jugak,tapi tak dapat beli.Pasaipa?*eh,apekah?haha* Masa tu ketandusan fulus la fulus. Al maklum,berkomitmen dengan si Pagar Putih,berduyun-duyun duit melayang. Makanya,terpaksa pilih antara dua;tiket atau rumah?Makanya aku pilih rumah. Melayang pun melayanglah,tapi hasilnya memuaskan. Itu rumah no30,i tell youuuu ahh *next entry boleh?*

#2- Kau ingat aku takdek rasa nak tukar tiket?Banyak kali okeng??Nak-nak pulak tetibe rasa macam susah nak dapat kerja dekat sini.Dua bulan,hidup sebegitu sahaja,macam tiada hasil.Mengabihkan bogheh yo!Oh, tak adalah sampai macam tu.Dapatlah settlekan hal rumah,pindah-randah barang,berjumpa Inchik Paul bukan sotong tapi si kachak (bolehla)itu landlord la.So,bila fikir,memang dah rezeki balik on August 15th (insyaAllah),makanya saya akuuurrrr..Kau ingat murah rah rah rah ke tukar tiket?

#3-Tahun lepas,saya sudah plan mahu balik on July,sebab saya nak sambung pengajian,eh bukan,pengajaran subjek Bahasa Inggeris dekat..adela tempat tu. Training Institute. Tapi,saya dapat tahu,tahun ini tiada,sebab training mereka 3 bulan sajo. Bukan 6 bulan cam dulu.Mungkin tahun depan ada balik. Jadi,tahun depan,MUNGKIN,saya kata mungkin,(rezeki DIA tentukan)saya nak pulang bercuti awal sikitlah. InsyaAllah.

#4-Sayang sangat dengan LP ni. Contract ends by end of this month. Dah bayar gedebuk-gedebuk,duduk diam-diam sampai habis. *ok boleh skip this point*

Itu je kot. Sebenarnya, saya rasa, balik awal ke lambat ke ikutla pada masing-masing kan?Tak de la jadi isu besar pun. Perasaan jealous tu.mustahil lah dapat dibendung. Kau,kau,kau dapat makan nasi lemak sate abc cendol,aku gak yang melopong-lopong telan air liur je kan?Kau,kau,kau lebih dahulu dapat jumpa parents,family,kawan-kawan yang dah hampir setahun tak jumpa,aku jugaklaa yang melopong-lopong tengok status update dekat FB korang. Sadis,kan?

Eh,apehal aku suka tulis bersama-sama point ni?HAHA..cikgu sekolah aku ajar,aku ikut sajo.Bende baik,bukan tak baik kan?Tulis macam tu macam tu je,meleret-leretlah pulok.Jadi,aku suka point,supaya nampak lah ape yang nak ditulis tu dengan lebih terang. *ye ke?entaaah* Takkan aku nak buat mind map Tony Buzan pulak kat sini(?).

No comments: