Tuesday, September 28, 2010


"In seeking truth you have to get both sides of a story."--

Sunday, September 26, 2010

a sad sunday

Waved goodbye at my bro,his wife and of course my lil' niece. I'm not this sad as before,because every time they left,I was sure they'll come back.And splendid weekend surely awaits.


But no.Not today.Having known  that this is my last weekend at home(note the word "is",i'm not calling it a day yet) add to the unbearable sadness.




I.hate.to say goodbye.
no.I'm not crying!

Tuesday, September 21, 2010

Dead or alive



Went to see a dentist today. It's because of my tooth.Memang dah lama patut cabut. Kes penakut. Macam ni lah. HAHA


The Dr said I'll possibly need to  undergo a  dental surgery if I still want it to be extracted.Gulp.


And bila dah cabut,nak leave it empty?GILA.Haha.Tooth implant will of course,cost me wayyyyy expensive.Tak pun gigi palsu yang lekap2 polident malam2 cabut rendam dalam gelas sebelum tidur???









Wednesday, September 15, 2010

No turning back



This is hard.
Really.

Thursday, September 9, 2010

MORE than just a drama

Bismillah.


Lately aku rasa TV3 macam dah naik gila rating viewers.Randomly saying,sebab episod-episod last Syurgamu Ramadhan ni memang mengancam.Hah,yang ni,seriously saying :)




Here are my two cents.


Honestly,aku tak nampak drama ni suatu yang dasyat,yang dapat bagi impak besar.Bagi aku,macam those typical malay drama(s);cintan-cintun,frust menonggeng mak reject pilihan hati,rebut-rebut harta,dendam sana-sini. Thus didnt regret missing several earlier episodes. 


Towards the end,aku la antara orang yang tertunggu-tunggu depan TV tepat pukul 1030pm/awal 5-10 minit sebelum tu tiap-tiap Selas-Khamis.HAHA.


Mesej yang utama yang aku rasa aku dapat belajar,SEMUA yang kita ada ni,termasuk kasih sayang sesama manusia,keluarga especially adalah milik DIA. Pinjaman je untuk kita.Kasih sayang kita sesama manusia yang kita agung-agungkan tu,janganlah dibanggakan sangat,sebab bila-bila je DIA boleh tarik balik,takpun pindahkan dekat someone yang kita tak pernah terfikir pun kita akan berkasih-kasihan dengan dia. Takut,kan? Sama jugak dengan rasa benci atau meluat kita pada siapa-siapa pun.Dah kata semuanya bersifat sementara,jangan angkuh sebab perasaan benci/meluat tadi,kalau DIA nak,DIA boleh campakkan rasa sayang pulak dekat orang tu.Tak kira apa pun,semuanya sementara.Permusuhan?Persengketaan?Note to self as well:TAK PAYAH berpanjangan.Sebabnya,jauh di sudut hati kita ni manusia sebenarnya ada terselit rasa rindu,kasih,sayang,kalau bukan sebab ada pertalian,paling tidak sebagai manusia.Sesama manusia,lama mana sangat boleh bersengketa?Yang menutup rasa dalam hati tu,ego yang tak berkesudahan."Perasaan kita bukan hak mutlak kita". 


"Just because somebody doesnt love you the way you want them to doesnt mean they dont love you with everything they got."-anonymous.


Lepas tu,pasal mak Yasin yang nak tebus kesalahan dia. See?Regardless of her age or status she wasnt ashamed to admit it. Sebabnya kita ni hakikatnya sama je di mata DIA. Jangan sebab someone is older,she/he isnt going to make mistakes. JELAS dalam cerita ni,bukan ORANG MUDA sahaja yang boleh buat silap. SESIAPA pun layak buat silap(macam peraduan pulak ye tak?),maka paling utama,meminta dan memberi maaf,once again,tak kira status/umur.Kita tengok macam senang-senang je dia boleh terima cucu,anak-anak dia macam-macam tu je lepas apa yang dia dah buat kan?Truth is,it's real hard.Tak caya cuba tanya diri sendiri.Tak payah ambik contoh jauh-jauh,dengan keluarga sendiri,mak,abah,adik-beradik.Kalau bukan ada special occasions, atau saling berjauhan,susah aku rasa soal maaf-memaafkan ni,walaupun salah tu terang tang tang depan mata. Besar betul soal maaf tu.Ha,Yasin tu pun,watak dia dikenalkan sebagai seorang yang baik,bertanggungjawab,taat dekat mak dia,solat.Berkorban punyalah besar,ketepikan perasaan sendiri sebab punyalah takut jadi anak derhaka.Last apa jadi?HAMPIR jadi anak derhaka. Sebab apa?Kita manusia,TAK KIRA SIAPA pun,tetap akan buat salah.We're sinners,yes?So bagi aku,drama ni setidak-tidaknya mungkin dapat ingatkan balik kita-kita ni,hakikat sebenarnya manusia tu. Memang,manusia itu pelupa,pembuat salah,tapi itu tak menjamin kita untuk terus gunakan tiket "ketidaksempurnaan" kita sebagai manusia tu untuk terus buat silap.Terminal hentiannya,MAAF.4 huruf,nampak simple dan ringan je.Buat salah dengan Tuhan,mintak maaf,taubat lah kan. Buat salah sesama manusia pun,maaf lah yang jadi penamatnya.


Two thumbs up kasi dekat drama ni,jalan cerita taklah berat sangat,tak perlu fikir banyak.Tak meleret-leret.Paling bagus sebab Ramadhan ni digunakan sebagai elemen penting dalam cerita ni.Cuba bayangkan kalau tak diselitkan bulan ni.Aku rasa takdalah bagi impak besar sangat kan cerita ni.Tak adalah nampak besarnya kemuliaan&keberkatan bulan ni kan?


Owh,di kesempatan ni jugak,aku nak susun sepuluh jari (kepada semua yang mengenali):-


-mohon maaf atas silap tutur bicara;terlepas cakap,terperli,termarah,kata   belakang,terjeling(?),terlebih gurau etc etc 
-mohon halal makanminum segalanyalah




Selamat Hari Raya,
Maaf ZAhir&Batin.

Wednesday, September 8, 2010

Terawang-awang

Salam wbt readers (if there are any),


tomorrow may be the last day of Ramadhan-semua orang pun macam dah agak Jumaat ni raya.Takpe,kita tunggu atuk songkok tinggi(?) tu announce malam ni lepas maghrib.


Ok dah.Ni nak share article yang sangat menarik, Found it here,sumber dari sini 


Nabi s.a.w pun pernah bersabda,"sampaikan walaupun sepotong ayat".


So,bacalah :)

*************
Cemburu dengan bidadari (?)


“Ustaz, boleh tak kalau di syurga nanti, saya tak nak suami saya ada bidadari?”

Soalan ini pernah dikemukakan oleh seorang wanita (entah datin mana tah), sewaktu sesi soal jawab dalam satu kuliah (kalau aku tak silap, oleh Ustaz Dato Abu Hassan Din Al-Hafiz), pada sekitar awal 90-an.

Jawapannya nanti dulu. Aku nak bincang hal yang lebih penting. Haha..

Datin tersebut wajar diberi ucapan syabas kerana berani menyuarakan apa yang terbuku di kalbu ramai wanita. Tapi pasti kebanyakannya tak tergamak nak luahkan perasaan tu.

Mmm..nampaknya sampai begitu sekali kaum wanita ni meluat dengan bidadari syurga. Aku guna perkataan ‘meluat’ sebab aku rasa inilah istilah yang paling sopan. Mungkin ada yang sampai rasa benci bila mendengar perkataan ‘bidadari’, aku tak nafikan.

Apa puncanya sampai jadi macam tu?

 Penjelasan yang paling mudah, sebab cemburu. 

Penjelasan yang lebih mendalam; sebab wanita sebegitu menyangka bahawa suaminya adalah MILIK mutlak si isteri. Sebagaimana miliknya terhadap kereta Mercedesnya dan rumah banglonya. Tak mahu KONGSI dengan orang lain.

Aku pernah menghadiri majlis ilmu yang dianjurkan satu jemaah tabligh..ustaz yang sedang memberi amanat kepada bakal-bakal da`ie itu ada menyebut, “Jangan sekali-kali ceritakan mengenai bidadari apabila anda sedang membicarakan tentang nikmat syurga di khalayak yang ada wanita menghadirinya. Dikhuatiri jika anda tidak bersedia dengan ilmu yang cukup, majlis ilmu itu akan hanya menimbulkan rasa benci di kalangan wanita yang masih lemah imannya..”

Fuhh~! Sampai begitu sekali rupanya. Dahsyat..

Aku tak sangka sampai begitu sekali, hingga ‘pantang’ disebut tentang bidadari di depan wanita.

Tapi..Dalam Al-Qur’an kan bidadari disebut tanpa berselindung? Ohoho…mungkin tak apa la sebab kebanyakan wanita di luar sana tak faham pun bila mendengar atau membaca Qur’an.

Habis, nak biarkan macam tu je? Biarkan je wanita ‘bermusuh’ dengan bidadari? Tak ada cara nak ‘mendamaikan’ dua golongan ni ke?

Biar aku beritahu apakah jawapan ustaz yang awal tadi.

“Di syurga nanti, selagi puan tak berenggang dengan suami puan, suami puan seakan-akan tak nampak pun bidadari. Tak perlu lah puan risau sangat. Yang penting sekarang, usahakan agar puan bersama suami dapat menjadi ahli syurga. Kalau isteri terpaksa masuk neraka buat sementara, dan suami yang masuk syurga dulu, saya tak jamin la bidadari tak ganggu dia..” Padat dan bersahaja jawapan yang diberikan ustaz, disambut gelak ketawa hadirin. Si datin tunduk sambil tersenyum kelat.

Hmm..kenapa suami tak nampak bidadari bila isterinya ada? Sebab wanita ahli syurga kelak akan dijadikan oleh Allah sebagai ketua bidadari. Hebatnya kecantikan ketua bidadari ni, adalah ibarat cahaya bulan mengambang penuh di musim panas. Para bidadari yang lain pula ibarat bintang-bintang yang bertaburan di sekelilingnya. Hanya menyerlah tika bulan menyepi.



Maka apabila Ketua Bidadari itu hadir, si suami seolah-olah terpukau, dan bidadari yang lain seakan tak kelihatan, ataupun nampak kecil saja. Macam gadis jelita dikelilingi budak-budak tadika. Tentu saja fokus si suami takkan beralih dari melihat isterinya.

Hebat kan? Tapi macam mana kalau tiada bidadari langsung? Kan lagi bagus kalau tiada saingan?

Tidak juga.

Andai tiada bidadari, maka cantiknya Ketua Bidadari umpama bulan penuh di langit yang kosong. Kejelitaannya jadi kurang menyerlah kerana dia cantik sorang-sorang, tak ada siapa yang kurang dari dia, jadi pada siapa dia nak dibandingkan? Pada jiran di mahligai bersebelahan yang jaraknya sejauh mata memandang?

Wahai wanita penghuni syurga; anda sama cantik saja dengan Ketua Bidadari yang lain. Tak berapa seronoklah. Anda hanya paling cantik di mata suami anda. Begitu juga Ketua Bidadari yang menjadi jiran anda, tercantik di mata suaminya.

Satu perkara lagi, para bidadari syurga adalah penghuni asal yang telah Allah tempatkan di situ. Mereka penduduk asal syurga. Tak bolehlah nak halau mereka pula. Nanti mereka mengadu pada Allah. Mereka tidak pernah berbuat dosa, taraf mereka seakan malaikat yang sentiasa makbul doanya. Cuma mereka ini Allah kurniakan nafsu sebagaimana manusia. Tetapi nafsu mereka bersih (tidak takabbur terhadap Allah) dan tidak terhijab.

Dalil tentang mereka mempunyai nafsu, dalam surah Al-Waqi`ah ada ayat yang berbunyi `uruban atraaba, yang apabila diterjemahkan bermaksud: “sentiasa merindui (suami mereka yang berada di dunia) dan muda belia usia mereka”.

Di dalam bahasa Arab, kalimah `uruban juga bermaksud berahi berpanjangan. Dalam istilah yang agak kurang sopan (minta maaf), mereka ini sentiasa merindui jimak. Saya mohon maaf sekali lagi, tapi wanita dengan sifat sebeginilah yang diidamkan oleh hampir semua lelaki. (ah..aku rasa bukan HAMPIR semua, tapi memang SEMUA lelaki normal macam tu).

Baiklah. Anda dah nampak, cara untuk mengelakkan suami anda dari melayani bidadari, ialah dengan sentiasa ada di sisi suami. Senang saja bukan? Barulah bidadari lain tak ‘kacau daun’.

Betul?

Tapi adakah anda pasti?

Kita rujuk sebuah hadith yang menceritakan tentang keadaan penghuni syurga;

Para Sahabat bertanya, adakah penghuni syurga melakukan jimak, dan bagaimanakah keadaan mereka? Dijawab oleh Rasulullah, “Benar. Oh, sungguh hebat sekali. Tenaga dan kenikmatan mereka Allah gandakan kepada seratus, dan mereka sekali pun tidak akan merasa letih.” ~au kama qaal

Hmm. Maknanya, kalau Ketua Bidadari tak mahu berenggang dengan suami, maka alamatnya tak keluar dari bilik la. Layanlah sampai dia puas.

“Tak kisah, janji dia tak layan bidadari..” mungkin itu jawapan seorang wanita.

Saya beritahu lagi; Ahli syurga juga tidak tidur, kerana terdapat hadith yang menyatakan bahawa “tidur itu saudara mati, maka ahli syurga tidak memerlukan kepada tidur, tidak mengantuk, dan tidak letih, lapar, atau dahaga..”. (au kama qaal)

Jenuh la kali ni tak turun-turun dari katil. Sanggupkah anda? Berapa minggu anda sanggup? Berapa tahun? Berapa dekad? Berapa kurun?

Jika di hati anda terdetik rasa bosan, para bidadari di luar bilik akan mengetuk pintu sambil bertanya bilakah gilirannya akan sampai. “Ketua! Biar kami pula ambil alih!” ..mungkin itu yang mereka kata.

“Biarlah diorang menunggu kat luar..aku takkan tinggalkan suami aku!” Mungkin ada wanita yang berfikir begini.

Izinkan saya bertanya lagi; “Tak nak pergi shopping ke?” ; )

“Eh, shopping? Shopping apa? Kat mana?”

Mafhum daripada beberapa hadith yang mutawatir, Pada setiap Jumaat Allah adakan suatu ‘pasar’ di syurga. Di pasar inilah, ahli syurga diberi nikmat terbesar antara segala nikmat di syurga, iaitu diizinkan melihat kepadaNya. Tiada satu pun ciptaanNya yang mengatasi keindahan Sang Pencipta, Rabbul Jalil yang bersifat Al-Jamiil.

Dan di ‘pasar’ syurga inilah Allah sediakan segala pakaian, makanan, dan perhiasan (barang kemas dan aksesori) yang berbagai-bagai rupa, beraneka warna dan bentuk.


Ahli syurga cuma perlu melihat kepada contoh ‘produk’ yang dipamerkan, niatkan “Aku mahu yang ini!”; maka dengan serta-merta benda itu sudah dipakai di tubuhnya. Boleh juga meminta seperti itu apabila terlihat ada ahli syurga yang lain, memakai sesuatu yang menarik perhatiannya.

Kenapa perlu ada pasar? Kan boleh minta saja dari dalam bilik?

Perlunya ada pasar ini kerana ahli syurga ketika itu dah tak tahu apa lagi yang mahu diminta, kerana terlalu lama dan banyaknya nikmat yang diperolehi mereka.

Ibarat anda dah dapat semua file/software yang anda ingini, sampai anda tak tahu nak download software/file apa lagi di internet. Dah tak tahu nak ’search’ apa, sampai termenung di depan superkomputer yang terhebat dan terlaju di dunia, milik anda. Lebih kurang macam tu la ibaratnya.

Maka di ‘pasar’ syurga inilah terdapat pakaian dan barang kemas serta aksesori wanita (dan lelaki) dalam ‘rekabentuk terbaru’…’latest design’ kata sesetengah orang. Sebab itu ahli syurga tidak akan merasa jemu.

Dan apa yang paling hebat, semua yang ada di pasar ini adalah PERCUMA! Ibarat Ivana Trump pergi shopping di HyperMall milik ayahnya yang asyik pecat orang (”you’re fired!”). Tapi di syurga pastinya berjuta-juta-juta kali lebih mewah. Dan anda kekal muda selama-lamanya, tak macam minah saleh tu..

Di pasar syurga tu, semua benda yang menyenangkan hati anda boleh didapati. Niat saja nak pakaian baru, anda akan tiba di Department Pakaian Wanita.

“Handbag LV (Louis Vuitton) ada ke?” ..cheh. Ada sorang minah yang baca artikel ni boleh terfikir nak tanya camni..

Begini sajalah. Biar saya bacakan mafhum sebuah hadith lagi. “Jannah itu ialah satu kawasan yang tersangat luas. Terdapat lembah, sungai, pohon, dan bukit. Tanah di tengah-tengahnya yang paling tinggi, dan Al-Firdaus berada di tempat yang paling tengah dan paling tinggi”.

belum habis lagi..ada sambungan hadith ni;

“Keseluruhan syurga itu terdapat seratus tingkat. Pada tingkat yang terendah dan pertama, kesemua sudu senduknya, gelas pinggannya, kerusi mejanya diperbuat daripada perak. Tingkat yang kedua, semua sudu senduknya, gelas pinggannya, kerusi mejanya daripada emas; pada tingkat yang ketiga, sudu senduknya, gelas pinggannya, kerusi mejanya daripada yaqut, lu’lu’ dan zabarjad (batu-batu permata yang mahal), dan pada sembilan puluh tujuh tingkat lagi hanya Allah yang mengetahuinya. Jarak antara satu tingkat dengan tingkat yang lain adalah sejauh jarak langit dan bumi.”

Rasulullah hanya sempat meninjau tiga tingkat yang pertama sahaja sewaktu isra’ dan mi`raj.

Syurga tingkat pertama yang terendah adalah untuk ahlul fitrah, manusia yang tidak pernah beriman tetapi seruan tauhid tidak pernah sampai kepada mereka ketika hidup di dunia dahulu. Mereka diizinkan masuk ke syurga setelah selesai menjalani qisas di mahsyar, jika mereka ada menzalimi sesama mereka. Inilah tanda betapa Maha Pemurahnya Allah Yang Maha Adil, tidak menzalimi seorangpun hambaNya.

Tingkat pertama ini juga adalah untuk para muallaf yang hanya sempat mengucapkan syahadah tanpa satu pun amalan baik, dan tiada satu pun kalimah Allah yang sempat dipelajarinya.

Maka sekiranya kita umat Islam ini berjaya ke syurga, tempat kita adalah bermula dari tingkat yang kedua, atau lebih tinggi lagi. Tingkat kedua, barang-barang perkakas dapur serta perabutnya diperbuat daripada emas.

Saya tanya; Di dunia sekarang (di bumi) ini, adakah pakaian dan barang kemas kita diperbuat daripada bahan yang serupa dengan bahan membuat perabut dan peralatan dapur?

Anda tahu jawapannya ialah tidak. Bahan untuk pakaian dan perhiasan kita lazimnya mestilah lebih mahal daripada bahan membuat perabut dan perkakas dapur.

Ertinya, bila sudu dan meja pun diperbuat daripada emas, agaknya apakah bahan yang jadi pakaian dan barang kemas ahli syurga? Sudah tentu lebih mahal daripada emas!

Ya. Bahan dan unsur yang lebih mahal itulah yang dibuat pakaian ahli syurga..termasuk juga kasut tumit tinggi dan handbag (jika anda mahu, pasti ada!), termasuk juga barang kemas yang ada di Pasar Syurga tu.

Ketika itu jika anda ternampak handbag LV dari alam dunia, mungkin anda akan terasa jijik nak menyentuhnya macam tengok tahi ayam. Mana ada kelas! Emas pun setakat jadi jug air je..Gelas minuman pun dibuat daripada berlian (kalau anda menghuni syurga tingkat atas sikit).

Hm..Di pasar yang bagaikan real-life catalogue ini, semuanya lebih mahal dari perkakas dan pinggan mangkuk anda. Terlalu banyak pilihan. Shopping la sebanyak mana yang anda mahu. Tak perlu trolley. Kalau anda nak suruh bidadari bawakan barang yang anda shopping itu pun, mereka pasti gembira dapat membantu.

Janganlah lupa pula..para bidadari itu juga khadam anda yang sangat suka berkhidmat. Anda kan ketua mereka?

Ingat ni, kesemuanya anda tak perlu bayar! Bayarannya telah dilangsaikan dengan keringat, darah dan air mata anda ketika di dunia dahulu.

Tapi kalau nak dapatkan ‘design’ terbaru tu, kenalah keluar dari rumah (istana) dan tengok sendiri di pasar Jumaat. Di pasar ini juga ahli syurga akan bersosial, bertemu rakan lama dan saudara mara.

Berapa luas pasar tu? Jika anda terbang menaiki buraq selama sehari pun belum habis melihat keseluruhan bahagian ‘pasar’ itu. (kalau naik kenderaan yang lebih laju, anda tak nampak apa-apa sebab laju sangat, mengatasi kelajuan cahaya).

Dan sudah tentu suami anda pun nak pergi ke Pasar Jumaat itu juga untuk melihat Allah Rabbul Jalil. Ajaklah suami shopping sekali!

Setiap minggu, akan ada design terbaru yang boleh anda dapati. Setiap minggu juga anda boleh datang shopping di pasar ini. Sampai tahun depan, kurun hadapan, alaf hadapan…sampai bila-bila. Tiada had usia di syurga..

Soalan terakhir saya: Yang mana lebih menyeronokkan bagi anda; shopping dengan suami, atau pergi shopping bersama bekas teman-teman rapat, rakan sekolej (atau rakan serumah) anda dahulu? ..dan mungkin pada kurun hadapan, suami anda nak pergi memancing di sungai syurga bersama bekas rakan sekampungnya…atau mungkin dia cuma nak ‘berehat di rumah’ saja.. ;-)

****************
Ada tambahan lagi;
Orang di syurga umur sekitar 33 tahun
Tinggi mcm nabi Adam. 60 hasta. (memang tinggi!)
Tak berpeluh dan kotoran buang melalui peluh yg harum mcm kasturi 

Siapa tak nak syurga kan?SEMUA nak.And,betapa pemurahnya DIA,kita yang Islam ni InsyaAllah akhirnya ke sana jugak kan?Tapi,hukuman sebelum tu, berpuluh ribu,berjuta tahun dalam neraka tu,sanggup ke?Rasa nak join bidadari2 ni terus je.Tapi bukan calang-calang orang yang DIA pilih kan? -__-"

Tapi,macam ada harapan;
‘Dan barangsiapa yang menjalani satu jalan untuk menuntut ilmu, nescaya Allah mudahkan baginya satu jalan kepada syurga’ (Hadith Riwayat Muslim).

Wallahualam.




Allahumma inni as aluka ridhoka wal jannah..

Monday, September 6, 2010

Random


Parut di muka,sapu vitamin e oil,
Parut di hati,siapa yang tahu?





p/s-tak berniat tiru karam singh walia ;p

Wednesday, September 1, 2010

When August ends

It's already September! Nak cakap 'cepat betul masa berlalu' macam lame, sebab memang cepat pun!T.T

These days have been kind to me so far. I've these people I love around me. Yummayh food of course. I've dashed out some of them on my list,which means,I've got SOME of them munched. Pantang sebut je,terus ada. Heaven sangat,ok?I have home,yang mungkin tak menjanjikan kemewahan harta kilau2,tapi kasih sayang tanpa sempadan :)

And and and to top it up, si kenit ni pun..adoi..memang jadi kerinduan nanti T.T


Nak kata tak rindu dekat Coventry-the life I've been living there for almost a year,tipu lah. But then,this is the real life of my own,yang dekat sana tu,mungkin nikmat pinjaman DIA,3 tahun je pun. At the end of the day,di sini,di Malaysia ni juga aku akan pulang. Sementara dekat sana tu,memang, I should grab whatever it has to offer,tapi,jangan sampai terlupa and terabai apa yang aku pernah ada,dan akan ada di sini, tempat asal usul kelahiran.

What may frighten me the most(setakat ini) is tidak berpijak di bumi nyata.Sangat takut.Nak sesuaikan diri dengan life abroad pun sedia ada susah mula-mula,balik sini,siapa kata senang nak ingat balik what life I've lived before I flew off there. Loads of things untuk catch up semula. Ada yang dah terlupa,ada yang 'oh,aku tak pernah tahu pun ada benda ni'.HAHA..Dan banyak juga perkara untuk dijadikan iktibar dan pengajaran buat bekalan.

Sama-sama renungkan.


selamat menyambut hari kemerdekaan ke-53,Malaysia,tanah tumpah darahku..



Malam ku bermimpi

Yes,I had a dream last night. Yang boleh...












...menginsafkan T.T




P/s-10 malam terakhir ni,JOM beramal banyak-banyak (!)