Wednesday, July 28, 2010

#29

Ini entry gila random.


The last day @ LP. Gila tak ada perasaan nak meninggalkan tampat ni. Mungkin sebab emotionally and physically exhausted.

Tak pernah2 haku buat kerja gila bambreng macam ni. (termasuk ika dan hannah)..haha..

Semoga tak di charge melambung-lambung. We've done our best.

Allah knows best.


Bye2 LP,malam ni kitorang duduk rumah 30 dah... :)

Tuesday, July 27, 2010

#10


Oh,sila jangan switch ke mood sedih. Tidak. entry ni bukan entry leleh2 nangis2..Ni macam ala-ala memperkenalkan salah satu kelemahan diri yang menyedihkan. Tak semestinya kene sedih air mata berjurai-jurai. Kadang-kadang macam-macam cara untuk orang tunjuk kelemahan diri. Ada yang berterus-terang sambil bersedih-sedih, ada yang bangga terang-terang kasi tahu alam semesta, macam-macam lagi lah.

Ok cukup.

Sekarang nak cerita perihal diri berbelanja. Oh sungguh ngeri bila teringatkan o.0

Satu perangai tidak boleh belah aku adalah tidak boleh tidak. Pasti nak. Tak sekarang,akan datang. Sumpah bahaya. Gila tak tetap pendirian. Walaupun dalam hati dah tanam azam dari rumah tak nak beli benda merepek tapi tewas juga akhirnya. T_T

Lepas tu lepas tu, kalau keluar pasti kena ada benda di tangan yang dijinjing bawa balik rumah. Mesti ada. Rasa kalau keluar tapi balik tangan kosong, sumpah membazir. Membazir saat minit dan jam. Padahal kalau dah beli sesuatu lagi-lagi yang macam tidak berapa penting lagi double membazir, masa dan wang. Cis.

Sale!Mega sale, year-end sale, summer sale, boxing day! Wah wah wah!Waktu beli tu kan, macam kadang-kadang ade tak perasaan macam serba salah. Nak beli ke taknak beli?Penting ke tak?Oh no. Dah start tu gangguan durjana si iblis. Selalu aku tewas. Rasa sumpah rugi kalau tak beli.Bukan selalu ada promotion gila babeng macam tu, bisik hati aku. Selalu. Padahal kan, kalau lelap mata takyah beli, balik rumah esok pagi bangun tidur dah lupa. T_T

Post-purchase rationalisation. Perkara ini takkan dapat elak,lagi-lagi lepas berbelanja banyak lalu menjadi miskin. Tsk tsk. Demi memujuk hati, diri cuba sedaya-upaya berfikir positif dan cuba men'justify'. Tak pe, bukan beli benda membazir pun, berguna ni. Kalau bukan sekarang,akan datang. 
Kalau dah banyak kali takpe,habislah duit simpanan dalam bank,tabung ayam semua licin.Tau pulak meroyan.

Eiiiii-bayyyy!Sila jangan gatal-gatal browse melainkan untuk cari benda-benda penting. Jika tidak,nescaya akan menyesal sebab kalah dengan blouse atau novel atau perfume atau electronic gadget atau apa-apalah yang kau tak akan duga termasuk highlighter stabilo ke yang muuuraaah rah rah atau kadang-kadang tidaklah berapa murah tapi tangan gatal nak godek-godek current bid. Ini.juga.kelemahan.saya. T_T


Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Setiap hari ketika umat manusia memasuki waktu pagi, pasti ada dua Malaikat turun. Satu di antara keduanya akan mengucapkan: Ya Allah, kurniakanlah ganti kepada orang yang berbelanja iaitu menggunakan harta untuk beribadat, untuk kepentingan keluarga, tetamu, bersedekah dan sebagainya. Sedangkan Malaikat yang satu lagi akan mengucapkan: Ya Allah, berikanlah kerosakan iaitu kerugian kepada orang yang tidak mahu berbelanja.


p/s-Nak jadi kedekut dengan diri sendiri boleh tak?

#7-Sorry I didnt download the pics when I copied this.

Apa yang bakal anda baca ini ialah sebuah email yang saya terima dari seorang kawan dari Arab Saudi...saya terjemahkan ke dalam Bahasa Melayu dan saya kongsi bersama anda semua...

*********************

Penghormatanku kepada lelaki agung, Adolf Hitler, semoga ada sepertinya di zaman ini...


Aku berbual dengan seorang ahli keluarga yang sedang menamatkan tesis PhD beliau dan aku amat terperanjat apabila beliau nyatakan tesis beliau berkaitan Adolf Hitler, pemimpin Nazi. Maka aku katakan "Takkan dah habis semua tokoh Islam di dunia ini sampai kamu memilih si bodoh ini dijadikan tajuk?"

Beliau ketawa lalu bertanya apa yang aku ketahui tentang Hitler.

Aku lalu menjawab bahawa Hitler seorang pembunuh yang membunuh secara berleluasa dan meletakkan German mengatasi segala-galanya...lalu dia bertanya dari mana sumber aku. Aku menjawab sumberku dari TV pastinya.

Lalu dia berkata : " Baiklah, pihak British telah melakukan lebih dahsyat dari itu...pihak Jepun semasa zaman Emperor mereka juga sama...tapi kenapa dunia hanya menghukum Hitler dan meletakkan kesalahan malahan memburukkan nama Nazi seolah-olah Nazi masih wujud hari ini sedangkan mereka melupakan kesalahan pihak British kepada Scotland, pihak Jepun kepada dunia dan pihak Afrika Selatan kepada kaum kulit hitam mereka?"

Aku lantas meminta jawapan dari beliau. Beliau menyambung : "Ada dua sebab -

1. Prinsip Hitler berkaitan Yahudi, Zionisme dan penubuhan negara Israel. Hitler telah melancarkan Holocaust untuk menghapuskan Yahudi kerana beranggapan Yahudi akan menjahanamkan dunia pada suatu hari nanti.

2. Prinsip Hitler berkaitan Islam. Hitler telah belajar sejarah kerajaan terdahulu dan umat yang lampau, dan beliau telah menyatakan bahawa ada tiga tamadun yang terkuat, iaitu Parsi, Rome dan Arab. Ketiga-tiga tamadun ini telah menguasai dunia satu ketika dulu dan Parsi serta Rome telah mengembangkan tamadun mereka hingga hari ini, manakala Arab pula lebih kepada persengketaan sesama mereka sahaja. Beliau melihat ini sebagai satu masalah kerana Arab akan merosakkan Tamadun Islam yang beliau telah lihat begitu hebat satu ketika dulu.

Atas rasa kagum beliau pada Tamadun Islam, beliau telah mencetak risalah berkaitan Islam dan diedarkan kepada tentera Nazi semasa perang, walaupun kepada tentera yang bukan Islam.



Beliau juga telah meberi peluang kepada tentera German yang beragama Islam untuk menunaikan solat ketika masuk waktu di mana jua...bahkan tentera German pernah bersolat di dataran Berlin dan Hitler ketika itu mennggu sehingga mereka tamat solat jemaah untuk menyampaikan ucapan beliau...


Hitler juga sering bertemu dengan para Ulamak dan meminta pendapat mereka serta belajar dari mereka tentang agama dan kisah para sahabat dalam mentadbir...


Beliau juga meminta para Sheikh untuk mendampingi tentera beliau bagi mendoakan mereka yang bukan Islam dan memberi semangat kepada yang beragama Islam untuk membunuh Yahudi...


Semua maklumat ini ialah hasil kajian sejarah yang dilakukan oleh saudara aku untuk tesis PhD beliau dan beliau meminta aku tidak menokok tambah apa-apa supaya tidak menyusahkan beliau untuk membentangkannya nanti. Beliau tidak mahu aku campurkan bahan dari internet kerana aku bukan pakar bidang sejarah. Tetapi gambar-gambar yang ada di sini sudah lama tersebar dan semua orang boleh melihatnya di internet.

Aku juga sedaya upaya mencari maklumat tambahan di internet dan berjumpa beberapa perkara :

1: Pengaruh Al-Quran di dalam ucapan Hitler.
Ketika tentera Nazi tiba di Moscow, Hitler berhajat menyampaikan ucapan. Dia memerintahkan penasihat-penasihatnya untuk mencari kata-kata pembukaan yang hebat tak kira dari kitab agama, kata-kata ahli falsafah ataupun dari bait syair. Seorang sasterawan Iraq yang bermastautin di German mencadangkan ayat Al-Quran :

(اقتربت الساعة وانشق القمر) bermaksud : Telah hampir Hari Kiamat dan bulan akan terbelah...

Hitler berasa kagum dengan ayat ini dan menggunakannya sebagai kalam pembukaan dan isi kandungan ucapan beliau. Memang para ahli tafsir menghuraikan bahawa ayat tersebut bermaksud kehebatan, kekuatan dan memberi maksud yang mendalam.

Perkara ini dinyatakan oleh Hitler di dalam buku beliau Mein Kampf yang ditulis di dalam penjara bahawa banyak aspek tindakan beliau berdasarkan ayat Al-Quran, khususnya yang berkaitan tindakan beliau ke atas Yahudi...


2. Hitler bersumpah dengan nama Allah yang Maha Besar

Hitler telah memasukkan sumpah dengan nama Allah yang Maha Besar di dalam ikrar ketua tenteranya yang akan tamat belajar di akademi tentera German.

" Aku bersumpah dengan nama Allah (Tuhan) yang Maha Besar dan ini ialah sumpah suci ku,bahawa aku akan mentaati semua perintah ketua tentera German dan pemimpinnya Adolf Hitler, pemimpin bersenjata tertinggi, bahawa aku akan sentiasa bersedia untuk berkorban dengan nyawaku pada bila-bila waktu demi pemimpin ku"


3. Hitler telah enggan meminum beer (arak) pada ketika beliau gementar semasa keadaan German yang agak goyah dan bermasalah. Ketika itu para doktor mencadangkan beliau minum beer sebagai ubat dan beliau enggan, sambil mangatakan " Bagaimana anda ingin suruh seseorang itu minum arak untuk tujuan perubatan sedangkan beliau tidak pernah seumur hidupnya menyentuh arak?"

Ya, Hitler tidak pernah menjamah arak sepanjang hayat beliau...minuman kebiasaan beliau ialah teh menggunakan uncang khas...


Bukanlah tujuan penulisan ini untuk membela apa yang dilakukan oleh Hitler, tetapi ianya bertujuan untuk menyingkap apa yang disembunyikan oleh pihak Barat. Semoga kita semua beroleh manfaat.



Wallahualam


::Sumber diambil dari sini::

#28

15 Syaaban datang lagi. Thanks so much to those yang update pasal ni especially dekat Facebook. Nak harap diri sendiri ingat,haih. 

Kelebihan bulan ini antaranya;
Keagungan malamnya,iaitu malam nisfu Syaaban seperti agungnya malam Lailatul Qadar pada bulan Ramadhan.

Nabi S.a.w pun ada bersabda tentang kebaikan yang ada dalam bulan ni; “Kerana dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang banyak sekali.” (Dipetik dari kitab Raudatul Ulama)--sumber dari sini

Digalakkan untuk kita, perbanyakkan puasa sunat, zikir, selawat, dan amal-ibadah selayaknya. (amalan sunat yang lainlah).

Banyak lagi boleh dibaca di sini

Antara firman dan hadis, aku lebih lagi tertarik dengan yang ini. T_T

“Allah melihat kepada hamba-hamba-Nya pada malam Nisfu Syaaban, maka Dia ampuni semua hamba-hamba-Nya kecuali musyrik (orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang benci membenci).” [Riwayat Ibn Hibban, al-Bazzar dan lain-lain]."

Jadi, sempena keberkatan Syaaban,lebih-lebih lagi buku catatan kita selama setahun digantikan dengan yang baru,kemaafan aku pinta atas khilaf tutur bicara,perbuatan dan segalanya. Aku manusia yang jauh dari sempurna,mungkin kau kau kau juga begitu. Maka segala yang berlaku atas niat atau di luar niat, jika kau kau kau terusik,aku mohon maaf dan ampun dari kau kau kau semuanya, tiada yang terkecuali. Moga DIA berikan keampunan atas perbuatan lalu dan keberkatan dan keredhaan atas apa yang bakal kita lalui beserta buku catatan yang baru ni. Buang yang keruh,ambil yang jernih dan sama-sama kita perbaiki diri. 


Apa-apa pun,Dia lebih mengetahui,kan?





Wednesday, July 21, 2010

#22

24 hari lagi saya akan menjejakkan kaki ke tanah air tercinta. Sungguh excited tapi macam ada nervous sikit. WHY eh?*hoh huruf besar amik kau!* Macam bila duk start kemas-kemas barang muat-muatkan dalam beg,tiba-tiba rasa macam ada kupu-kupu dalam perut. Ok,sangat lame. Orang lain dah lama dah balik lah weh..!


Oh,kenapa saya pulang lewat?Org lain MAJORITInya dah huha huha weehoo weehaa dekat Malaysia,saya masih di sini?T_T

#1-Rezeki.Ye. Masa orang lain pung pang pung pang sibuk usyar tiket,saya usyar jugak,tapi tak dapat beli.Pasaipa?*eh,apekah?haha* Masa tu ketandusan fulus la fulus. Al maklum,berkomitmen dengan si Pagar Putih,berduyun-duyun duit melayang. Makanya,terpaksa pilih antara dua;tiket atau rumah?Makanya aku pilih rumah. Melayang pun melayanglah,tapi hasilnya memuaskan. Itu rumah no30,i tell youuuu ahh *next entry boleh?*

#2- Kau ingat aku takdek rasa nak tukar tiket?Banyak kali okeng??Nak-nak pulak tetibe rasa macam susah nak dapat kerja dekat sini.Dua bulan,hidup sebegitu sahaja,macam tiada hasil.Mengabihkan bogheh yo!Oh, tak adalah sampai macam tu.Dapatlah settlekan hal rumah,pindah-randah barang,berjumpa Inchik Paul bukan sotong tapi si kachak (bolehla)itu landlord la.So,bila fikir,memang dah rezeki balik on August 15th (insyaAllah),makanya saya akuuurrrr..Kau ingat murah rah rah rah ke tukar tiket?

#3-Tahun lepas,saya sudah plan mahu balik on July,sebab saya nak sambung pengajian,eh bukan,pengajaran subjek Bahasa Inggeris dekat..adela tempat tu. Training Institute. Tapi,saya dapat tahu,tahun ini tiada,sebab training mereka 3 bulan sajo. Bukan 6 bulan cam dulu.Mungkin tahun depan ada balik. Jadi,tahun depan,MUNGKIN,saya kata mungkin,(rezeki DIA tentukan)saya nak pulang bercuti awal sikitlah. InsyaAllah.

#4-Sayang sangat dengan LP ni. Contract ends by end of this month. Dah bayar gedebuk-gedebuk,duduk diam-diam sampai habis. *ok boleh skip this point*

Itu je kot. Sebenarnya, saya rasa, balik awal ke lambat ke ikutla pada masing-masing kan?Tak de la jadi isu besar pun. Perasaan jealous tu.mustahil lah dapat dibendung. Kau,kau,kau dapat makan nasi lemak sate abc cendol,aku gak yang melopong-lopong telan air liur je kan?Kau,kau,kau lebih dahulu dapat jumpa parents,family,kawan-kawan yang dah hampir setahun tak jumpa,aku jugaklaa yang melopong-lopong tengok status update dekat FB korang. Sadis,kan?

Eh,apehal aku suka tulis bersama-sama point ni?HAHA..cikgu sekolah aku ajar,aku ikut sajo.Bende baik,bukan tak baik kan?Tulis macam tu macam tu je,meleret-leretlah pulok.Jadi,aku suka point,supaya nampak lah ape yang nak ditulis tu dengan lebih terang. *ye ke?entaaah* Takkan aku nak buat mind map Tony Buzan pulak kat sini(?).

Tuesday, July 20, 2010

#19-Bila siang panjang,aku jadi kelawar.

We attended Warwick Graduation Ceremony 2010 yesterday. Bukanlah masuk pun,duduk luar ambil gambar. Kak Faizah punya session. Malas nak cerita panjang tengok gambar jelah






Kak Faizah's flatmate. 




Congrats kak Faizah.. :)




#28

Di riwayatkan bahawa pada suatu hari Rasulullah S..A.W sedang duduk bersama para sahabat. Kemudian datang pemuda Arab masuk kedalam masjid dengan menangis. Apabila Rasulullah S.A.W melihat pemuda itu menangis, maka baginda pun berkata, 'Wahai orang muda, kenapa kamu menangis?' 
Maka berkata orang muda itu, 'Ya Rasulullah S.A.W, ayah saya telah meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang hendak memandikannya.' Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya. Setelah mengikut orang itu, maka Abu Bakar r.a dan Umar r.a. mendapati ayah orang muda itu telah bertukar rupa menjadi babi hitam. Maka mereka pun kembali dan memberitahu kepada Rasulullah S.A.W, 'Ya Rasulullah S.A.W, kami lihat mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam.' 

Kemudian Rasulullah S.A.W dan para sahabat pun pergi kerumah orang muda itu dan baginda pun berdoa kepada Allah S.W.T. Kemudian mayat itu pun tukar kepada bentuk manusia semula. Lalu Rasulullah S.A.W dan para sahabat menyembahyangkan mayat tersebut. Apabila mayat itu hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu berubah menjadi seperti babi hutan yang hitam. Maka Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada pemuda itu, 
'Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia didunia dulu?' 

Berkata orang muda itu, 'Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan solat.' Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda, 'Wahai para sahabatku, lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Dihari kiamat nanti akan dibangkitkan oleh Allah S.W.T seperti babi hutan yang hitam.' 


Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka menyembahyanginya, tiba2 kain kafan itu bergerak. Apabila mereka membuka kain kafan itu, mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat. Lalu mereka cuba membunuh ular itu. Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut, 'Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, mengapakah kamu semua hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S..W.T yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat.'
Lalu para sahabat bertanya, 'Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?' Berkata ular, 'Dia telah melakukan tiga kesalahan, di antaranya;
1. Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk
sembahyang
2. Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.
3. Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama. Maka inilah
balasannya' . 





Okeyla mungkin itu zaman dahulu, zaman Rasulullah memang Allah tunjuk direct kan...tp ini zaman dunia sekarang punya cerita lah, sudahkah anda lupa? (kes budak 18 tahun meninggal then kebumi then lpas 3 jam, deme kluarkan balik dari kubur sbb nk cek punca kematian yg diragui, tengok2 dah jadik cenggini.isk.)








Jadi pada yang masih sempat bernafas dan bekum ditarik nyawa, kita masih mampu mengubahnya.




p/s-Nauzubillahiminzalik.Aku pun tak sanggup tengok lama-lama.Maaf kalau ada yang tak sanggup tengok.Sama-sama ambil pengajaran.Wallahualam.


Credit to: Fasihah Samad from her note "Siapa yang sampai sekarang tak solat lima waktu angkat tangan."





































Saturday, July 17, 2010

#3-Food baby food!

Mungkin aku akan rasa jutaan penyesalan lepas aku buat entry ni. Dan yang membaca pun jangan baling mouse dekat screen laptop yeh.Aku pun sama menderita ni. T.T

Tekak rindu gila nak makan macam-macam.Yes,macam-macam yang tak dapat dekat sini.Ok,adelah sesetengahnya bolehlah kadang-kadang prepare bersama-sama bahan-bahan nan ado.Tu kira dah bersyukur gila lah kan.

TAPI,
memang patut ade tapi.Tak semua okay?!Ikutkan nafsu perot boncit tempolok besarrr,sepuluh entri pun tak habis kalau cakap pasal makanan rasanya. Sabar dong,sabarrr!

So,aku letak beberapa jela gambar yang aku memang dah teringin tahap meleleh air liur jatuh atas keyboard dah.Lap cepat lap cepat!


 ultimate craving 


Ini.Lagi-lagi kalau kuah dia manis-manis pedas.


Ini tidak ada dekat kay eff see di sini.Lame gila ah diorang!


Pergi pasar malam sumpah ini wajib dibeli.


Ya Allah!


Aney,nak satu ney!



Siapa yang tak makan red bean meh bagi aku mehh


Makan sejuk sejuk.




Dan banyak lagi.Paaaallllliiinnnggg aku nak makan dah terasa-rasa dekat tekak sekarang,of courselah masakan mak aku.Tiada tandingan.

HUwaaaaa~~~


Disclaimer:I dont own all of these photos,they're randomly browsed and taken from internet. And to the real owners(if you read this),feel free to ask me to remove any of them if you wish not to see them being posted here.Kindly appreciated.

Friday, July 16, 2010

#27-Jom start countdown



30 days left!


Teruskan bertabah wahai sang hati.


P/s-Salam Syaaban semua!Tak lama lagi Ramadhan.Lepas tu damdamdumbunyi mercun.Sekejap je kan???

Thursday, July 15, 2010

#26-Hidup belum pasti.Yang pasti hanya satu.

Kadang-kadang aku keliru dengan diri aku sendiri. Aku masih perlu masa untuk kenal diri sendiri. Jangan tipu aku kalau kau kau kau macam tu jugak.Kau kau kau dah kenal dengan diri sendiri?Kenal,ya kenal betulbetul?

I'm just trying to be better.

And many times I failed for I'm also a sinner.I aint perfect.I gave in easily to temptations.

*******

More often than not I feel something when I read,saw,or came across those true stories in life. Or own life experiences,much familiar?Sometimes as a human being,partly I would say I may have that sense of sympathy,or taken aback and maybe I learnt something from it.Or at least be more thankful for I and my family are still being blessed and protected.Yet,I may not be able to really feel it because of the other part of me. It just cant. Because maybe it's true,I'm not in their shoes,so I may not truly understand what those people are struggling with.How they feel,what exactly in their minds and hearts. We may just show our deepest condolence, or being sorry for what happened. But tell me,those tears of them,are they exactly the same with ours(if we happen to).

So when it hits me,I feel no one could ever understand what I'm facing with. But thanks to those who did try or concern enough. Yes,it's made me feel slightly better.  And thanks for your prays.God knows how I appreciate them so much.

I felt like it was yesterday that I heard his voice,I could feel his warm hug,the last I got from him before I stepped in here. 

All the memories came crawling to me,of how we used to argue on why he was late to visit me back in school. And the one I remembered the most was one day,his car broke down on the way to my school. Near the mosque (siapasiapa skolah situ mesti tau).I called him so many times he didnt answer. And he,above the sun ,walked all the way to see me.He didnt even mad at me, even I hardly could hear a single sigh from him. He's THAT patient I must admit.

And I could sense the coldness I used to show,the silent moment we used to have on our way to send me back during the hostel life.I didnt even talk to him so much,really.Im not like those who would even share every stories with their fathers. I just didnt.

*******

Sekarang,dia sedang diuji.Battling to recover after two surgeries..Tak minta simpati tapi cuma doa anda anda semua semoga dia terus kuat. 

Bila perkara-perkara macam ni jadi,siapa-siapa pun yang kuat,tumpas jugak.Setabah siapa pun,takkan dapat nak tahan air mata.Happy-go-lucky huha sana huha sini pun kalah juga. Sebab perkara yang jadi dekat orang-orang yang kita sayangi,memang betul-betul menusuk mendalam sedalam dalamnya.

Nak pulak waktu sekarang ni,terpisahnya aku dengan mereka beribu-ribu batu,seluas-luas lautan. 

Ya,hari ini kita kuat,sihat,gembira,tertawa,esok lusa belum tahu lagi. Sekelip mata kalau DIA nak uji atau panggil,kita takkan duga.Tak pernah dapat duga.Macam mana sihat pun,atau bebas penyakitlah.DIA boleh jadikan,ciptakan buat sebab.

Dan hari ini hari aku.Semoga benda ni jadi pengajaran buat kita semua terutama aku.Hidup ini tak lama,mungkin tak akan berkesudahan indah macam yang kita idam-idamkan.Kita tak akan pernah dapat duga. Kita takkan dapat pernah elak. Sebab semuanya dah tertulis,hidup-mati,sihat-sakit,lapang-sibuk,muda-tua,kaya-miskin. Semuanya PASTI.

Satu soalan:Have we prepared enough?

Kalau belum,jom. It's never too late.









#25

I was in the toilet,about to perform ablution for Isya' prayer. I thought it was 15 minutes left until Fajr.Melengah-lengahkan solat *tsk tsk*

Masa dalam toilet,terdengar sayup2 macam suara azan dari laptop.*Gulp*

Selesai,keluar terus meluru pergi laptop tengok screen.Pelik.Tak keluar pun pop up(selalunya bila azan dia keluar). I looked at the time.It's 223am,17 minutes left.

Berdebar-debar.Speechless.Terus capai kain sembahyang.

Pengajaran sebab melambat-lambatkan solat.Sungguh saya dengar bunyi azan tadi.Dekat sangat bunyinya dengan telinga.

And until now,I'm confused.Really.Takut pun ada jugak.

Not included


Ahha. Entry yang ni tak termasuk dalam summernotes list aku. Bercadang untuk berpindah ke sini lepas habis tulis semua dalam list itu.Bercadang sahaja.Tengah pertimbangkan.Kalau tak pindah terus pun,mungkin nak jadikan yang ini prior lah.Takkan tinggalkan blogspot,sebab saya masih suka.Masih setia *tetibe*

KC punya cerita akan diteruskan.2 more places left to be shared;Swiss Alps and Paris.Tengah mencari mood,pastu nak recall mana yang patut.Haih.Ya,kumpul gambar juga.Mungkin edit sikit2 kot,especially yang dekat Swiss alps.Pemandangan superb!MasyaAllah!Eh,aku tak tipu,seriously saying.So nak touch up sikit2 and it may take a lil bit of time.Patience is virtue.So tungguuu..


...if there's any readers waiting lah.HAHA..


Have a nice day everyone.God bless and saya sayang anda semua kerana DIA.iA!

Monday, July 12, 2010

#8




I couldnt sleep well last night.
This funny feeling,haih..Patutlah.
And NOW memang saya patut risau.
NAK BALIK SEKARANG!



P/s-please please please stay strong,will you?

Saturday, July 10, 2010

I never knew this creature can be really funny :D


Dont you mess with the oranje! XD

Friday, July 9, 2010

Day3-Belgium!

After another night staying at the Amsterdamse Bos camp site, we headed to Belgium. Felt a bit excited, the weather was quite nice. It's early spring and the air was a bit chilly but it's cool babe. I gained my spirit o yeah!

It took about 3-4 hours to get to Brussels. The first destination was Mini Europe. Tiny monuments of all European countries to be explored in 1 hour I guess. What to do, it's a budget trip after all kan?





adorable adlina.Cute gila :D


tengok tu mintak dukung..

yelah yelah;

Ape kes cite pasal adlina je ni?Haha..what to do.Adorable sangat!Okeyh,back to business;

We didnt need to queue up for long,group trip kan. So sementara tunggu pass, ada camera kat tangan kan,tak tunggu lama. Hambik.

Budak kaca mata.LOL


Itu Atomium. Gigantic atomic model,enlarged by 165 billion times.


stylo su ya'all ;p


Macam Taj Mahal kan?I forgot which country it is. (haih mana datang taj mahal dekat europe bongok.haha)


Bull ring,Spain I guess


Nice one,su.Berjaya meluruskan Pisa tower :)

Banyak lagi malas nak upload dah. On our way to the bus for lunch, we saw a very looooooooooong queue.Glad we didnt have to.Thanks KC.

After we had our lunch, fried rice (as far as I could remember.Sedap.), we headed to the city. To get those yummayh waffles and Belgian chocs.


Gotcha!Owh bersama 2 gadis eyh.Muahaha..Macam paparazzi.Otw mencari kebenaran ni.Eh tak,mencari kedai kedai.

Malu bertanya, baca signboards.Tapi tak faham T_T


Ancient buildings.Saya suka!


Three out of six!


Yummy em chocs.Not for us though T_T

Cutifulicious!HAHA..Yes,they're chocs,babe!


I had this one.Sedap la woih.Variety toppings they had for sale, ice cream pun ada. Lagi banyak lagi banyaklah euro kau melayang.


The Mannekan Pis. Budak kench tepi sudut.


Tengok tu tengok tu. 

Oh another thing, apart from its Belgian chocs, Brussels is also well-known with its lace. Renda la renda lah. Cantik.


Jalan berempat, Mie tak tau hilang pergi mana. But we got to buy chocs yang 4 for 10 euros. 


Street band. Cool eh main pakai gergaji. Nak sign baaanggg.


Hah jumpa pun kau mie.Nak naik bas masa ni.HAHA..nice pose!


We're staying at Campling Le Roptai that night. One of our favourite cabins apparently. Seeing Luxembourg the next day. Bye bye Belgium.Ah rinduuuu!




#21-Whenever it feels right to write


"Tulis blog ni payah jugak kadang-kadang. Marah orang lain,orang lain yang terasa. Emo pasal cerita lain,cerita lain pulak masuk kepala.."

I edited this quote (from one of the blogs I follow) a bit but the message is still there. Misunderstanding. Dan aku rasa aku macam nak tulis jugaklah pasal ni.

Aku setuju dengan ayat kat atas tu. Sebagai manusia, kita ada perasaan yang pelbagai, ikut pada situasi,masalah or dengan siapa kita berhadapan. Sometimes we just cant express such feelings in words. Or maybe, we expressed it just to realise we have made other people who didnt even involve in the situation have such funny feelings about it. I too, have experienced it. Bila tengok kawan-kawan sendiri marah dekat blog,twitter or even Fb status, mesti ada rasa pelik atau terasa lah kan. Itu tak pelik aku rasa, or aku cepat terasa (?).Entah. Sebab aku rasa those who are close to me bukan jenis suka-suka senang menganjing2 dekat blog, semua benda tak kena sikit-sikit nak tulis dekat FB lepas tu dapat tepukan gemuruh tanda like banyak2. Jadi kalau tiba-tiba ada, mesti ada something. 

Sometimes I do have the strength to ask (kes2 kawan yang rapat) untuk betulkan keadaan. Satu,kalau pasal aku,mungkin dapat menjernihkan keadaan. Kalau tak on the spot,mungkin lain-lain hari. Dua, kalau bukan pasal aku, legalah kan?Itu je. Tapi kalau orang lain nak marah-marah menganjing dekat FB dan memang tak ada kaitan dengan hidup aku,lelapkan mata saja. 

One time, one of my friends said to me she thought I was writing about A when the truth wasnt. HAHA..Memang tak ada kaitan dengan that person she was mentioning about. See?Ape yang ada dalam kepala ni tak selalunya sama dengan yang dalam kepala orang lain. Apa yang kita fikir masa tengah tulis entry, mungkin tak akan sama dengan apa yang orang akan bayangkan masa orang baca. Well, that is one of the features of written form kan?Susah babe,susah.

Sekali lagi,perasaan manusia ni kan pelbagai. Kadang-kadang aku emo pasal A, B pulak yang terasa.Sentap. Sedih pasal Bobo, Roro pulak yang rasa bersalah. Marahkan I, R pulak terasa padahal macam mana marah or kecik hati,sentap,bengang dengan I, kawan tetap kawan, baik semula yang mana perkara tu takkan terjadi dekat R sebab R memang tak ada tempat dalam life aku. How complicated!Satu je soalan aku, kalau apa yang aku tulis ni tak ada kaitan dengan si polan, tapi si polan tu terasa, berdosa ke aku?

Kadang-kadang aku terfikir, sebenarnye apa tujuan orang tulis blog. Yang buat bisnes or blog artis tu, memang dah ada jawapan rigid. Yang ala-ala diary tu memang jenis willing untuk bercerita kisah hidup. Aku?Entah.Suka-suka. Kalau aku rasa aku happy, and rasa nak share, aku share. Aku emo, kadang-kadang aku share pastu siapa pun tak faham aku emo pasal apa. Entah. Aku tak ada rigid reasons for this. Kau ada?

And ada lagi satu point penting yang aku dapat daripada one of the blogs I follow, yang cakap, blog jugak lah tempat untuk kita menilai kematangan kita. "Kita membesar seiring dengan blog". Betul?Salah?Aku harap aku tak silap tafsir tapi bagi aku, betul. Yelah, kalau dulu, tak fikir banyak main redah je tulis apa nak,hari ni makan apa tulis sampai 4-5 perenggan. Pergi cari baju raya pun boleh sampai dua entri. Sekarang, nak tulis apa-apa kena consider pelbagai pihak. Kena perhati balik apa yang dah ditulis. Walaupun ini belog aku,suka hati aku lah nak tulis apa, hakikatnya, manusia lain pun berhak untuk terasa atau terusik dengan apa yang kita tulis. Macam kita rasa kita ada hak untuk memuji diri dan memaki orang lain, orang lain juga ada hak untuk rasa terhina dan terasa bangsat. Once I made it public, there are risks to face. Bukan nak kata diri sendiri dah matang untuk menulis, tapi semakin hari kita semakin belajar yang semua benda kita kena fikir baik dan buruknya. SEMUA kena ambil kira kanan dan kirinya. Kan?


p/s-Macam mana pun, aku minta maaf kalau apa yang aku tulis tu buat kau kau kau yang tak ada kaitan,terasa or makan hati. Aku pun manusia biasa, ada pelbagai perasaan. Kadang-kadang aku tersilap mengolah,kau kau kau tersilap terjemah. Aku tulis lain, kau kau kau fikir lain, and aku minta maaf. Seri 0-0 dah kan :)

Wednesday, July 7, 2010

Day 2-The city of Amsterdam.


Lepas Keukenhof, the same day jugak we headed to the city. Hujan agak renyai-renyai on the way tu. Ala-ala chipsmore ade gak. So what's interesting about Amsterdam? HAHA. Sila sengih sorang-sorang if dah tahu.


Yes, diorang suka cycle. Siap ade lorong khas for them. And more interestingly, there's a three storey building, khas untuk bicycle punya parking. Expensive taxes to pay apparently is one of the reasons. Bila nak melintas tu, kita yang kena consider cyclists, bukan diorang. HAHA. Kalau kena langgar, bukan setakat sakit, malu beb! (bak kata Bro Hairul)

We all decided to get on a river cruise tour. Agak bosan yeh last-last tu. Lama sangat. Sejam rasenye. Ke sejam setengah. Tak ingat. Tengok ah muka excited masing-masing.







Nampak besi tu. They decided to put it there since almost every week ade je kereta terlajak parking masuk sungai.HAHA.

So, awal-awal bolehla layan lagi tour guide berceloteh (recorded sebenarnye) in several languages-French,Spanish, etc etc last sekali baru English. Dah last-last tu lama sangat nak tunggu English version, sampai bosan, tengok ni hah;






ampun miee ampuunnn..haha..kau tetap photogenic, no worries!Hihi..








Pastu siap main teka-teka lagi the guide cakap apa. Die suruh pandang kiri ke kanan?HAHA. Punyala bosan. Especially when we were at the sea area. Not much ancient buildings,well I love them buildings.


Nemo-the science centre.Cool eh?

We had a tour  around the city-souvenirs hunting. Jauh jugaklah round tapi tak sampai the Redlight District lah. Cis! HAHA..







Well, Dutchy sangat berpegang pada liberalism. Kebebasan hak dari segala segi. Termasuk homosexuality and what ever not. 

And their Redlight District is the major one. We may find some other in other countries, like France, tapi Amsterdam kepala setan  la. HAHA. Sila google ape itu Redlight District wokeyh! Pastu ade ni; betul-betul depan river cruise station tu. 








We didnt enter the museum,hence no information to write here. Gile berpusu-pusu orang nak masuk. 

And the key chains,fridge magnets, Tshirts and many sorts of souvenirs, memang tak boleh nak pelik lah kan kalau jumpe bende2 pelik.

Pastu ade satu public toilet tu, 50cents per entry, agak 'special'. We call it see through toilet. Yes, dinding, pintu are made of glass. GILA.HAHA. Nak masuk, sila jangan pakai striking colours outfit. Though bila tutup tu, macam a bit blury but still boleh nampak anda sedang duduk, berdiri, or whatever not dalam toilet itu. Boleh jadi 7hari 7 malam punya nightmare!






Pasal food, banyak je kedai halal jual kebab,pizza but then masa tak cukup and quite pricey though. So we ended up beli fries je,( they call em Patat)with mayonnaise and ketchup. Not bad.  

Next destination: Belgium-of waffles, Belgian chocs, and The Mannekan Pis. Stay tuned (ayatpoyo sekali lagi)







p/s-sorry for the font colour.Ive tried to fix it several times.Takleh gak.Malas dah.