It's me again. Last post until next Friday I promise. Cannot tahan, must tell one.
********
Siapa ada nicknames and sampai sekarang dia guna takpun kawan-kawan die panggil tak kire depan family, kawan rapat, bf/gf, angkat tangan! Bukan nama macam Ahmad botak, Joyah gendut, Halimah jongang, Mak Dara ke ape semua tu. Dia nama yang memang bila orang panggil, orang-orang lain yang tak tau asal usul nama tuh macam huh? Apehal die panggil macam tu woh :O totally different from your real names. Memang sampai lubang cacing orang tak tahu nak relate kalau kau tak open table kasi terus terang -_-'
Selain nama betul betul yang makpak kasik tuh, adela adik beradik kasi jugak nama tapi taknak share dekat sini, biarlah saya dan keluarga saya yang tahu. Berguling guling pedih telinga kang ada suara suara sumbang panggil nama tu kang. Ini kali, dekat entry ni, saya nak cerita nama-nama saya sepanjang zaman persekolahan menengah yang sampai sekaraaaaanggggg orang masih guna, kalau bukan secara asal pun, secara hybrid. Atau kata lain, dah disingkatkan takpun dah diubahsuai menjadi sesuatu yang mungkin diorang rasa, lagi syahdu didengari dan disebuti kot. Erkk
1. Yokoe: yang ni senior dorm yang kasi. Zaman sekolah menengah kan, duduk asrama pulak tuh, padahal nama takdelah panjang berbelit-belit susah nak sebut sebab tu kasi nama panggilan lain. Ni sebab trend,eh tradition. Tak payah nak fikir panjang, senior dah bagi maka kau kene ikut. Lagi-lagi super senior, kau tak boleh kata tak,taknak, mahupun saya tak sure la saya suka ke tak nama tu kak. Kau kene terima, dan diwajibkan ke atas kamu dan rakan-rakan kamu serta seluruh warga asrama masa tu untuk memanggil kamu dengan nama tersebut. Jangan ingkarrrr kelak menyesal. Tapi saya ingkar juga sedikit. Sedikitt. Ingat lagi dekat kantin masa tu tiba-tiba ada sorang kawan ni datang panggil nama baru. Punyala sentap masa dalam hati apesaalll ko panggil aku dekat sekolah nama tu woh, kat sekolah nama sekolah lah! Terus cakap kat die "kite tak suka la nama tu, jangan panggil kita nama tu eh, panggil kita nama mak abah kite kasi" fullamakkk gile kentang ah kerek gua. Rasa nak tapak-tapak diri sendiri masa tuh , dengan nerd gila pakai spek full frame tudung kura-kura. Nightmare gila kalau korang tengok weh. Haha.. Dulu kalau orang ungkit pasal zaman form one memang gua boleh nangis empat hari empat malam benam muka dekat bantal takpun mandi dekat kolah asrama siram kepala banyak kali biar orang tak tau aku tengah nangis masa tuh. Sadis woh. Lagi-lagi bile dah naik upper form skett. Biasa ah baru nak uppp kaann.Boleh putus kawan wa cakap lu.Haha. Skang, ko nak tunjuk gamba aku tido muka terherot2, senyum menyeringai-menyeringai hape2 jelah gamba huduh berkerak kerak tahap langit ketujuh pun aku tak kesah. Hati kering dah la konon. Haha. Chill weh, takde dulu takdela sekarang kan?Macam la sekarang cantik. Tak, bak kata P.Ramlee lawa takda, manis ada haha rasa nak tapak je muka lagi sekali.
Haa nama ala-ala Jepun bukan sebab muka aku persis gadis Jepun. JANGAN fikir macam tuh, tergurisguris hati aku. Bukan jugak sebab ameltz yokoeyokoe melegakan ketegangan urat. Ni semua sebab akak dorm masa tu gila dekat actor/actresses Jepun. Maka jangan banyak soal. Semua junior siap dengan form 4 baru masuk pun dapat nama yakni Tomoko, Reiko, Nanako. Hambikk! Lepas tuh kau ingat dunia berjalan secara malar seperti itu saja?Oh tidak. Dpd Yokoe, jadi Yoke mengada nak singkat singkatkan macam la panjang benar nama tuh. Sampaaiiiiiiii sekarang rakan-rakan sebaya semasa di sekolah yakni perempuan memanggil sebegitu rupa. Tapi, yang berlainan jantina tidak. Diorang ada nama sendiri yang diorang panggil -_-
2. Peah- ya!ini dia nama yang dimaksudkan itu. Of all names kan. Heeeeee! Alkisah, abang aku yang no 3 tuh dulu masa sekolah main ragbi sampai kebangsaan terserempaklah dengan ruggers sekolah aku. Balik-balik je diorang dengan sunburn kilat kilat muka kelat tak habis lagi dah panggil aku nama camtuh. Hambiiik sampai sekarang melekat. Dapat dekat gha, mell, dyla, dll geng2 lidah pendek tak boleh sebut nama lebih dari 2 suku kata terus jadi Pek. Tak pun tetibe angin kus kus datang konon nak komersialkan nama kawan ni hah, jadiklah rafeah buang, ha yang latest, safiyah. Gila kudus kan? Syahdu je. Tiba-tiba rasa nak pakai kain batik duduk bersimpuh tepi air terjun sambil selit bunga dekat telinga. *muntah darah*
Ko ingat macam mana abang aku tuh dapat nama camtuh?Adekah die lembut2 persis perempuan maka senior pun kata "alaa macam kak peah la kau ni. Panggil kau peah la," Siapa fikir macam tu sila malu sekarang. Buat apa aku penat2 bagitau abang aku main ragbi?Cis. Die dapat sebab dulu abang long aku sekolah dekat sekolah tu lepas tu senior bagi nama tu dekat die. Haa, yang ni adelah sikit2 relate dengan akak peah, diorang kata muka dia macam kak peah. Ceh, dan2 kata "diorang" macam aku kenal je senior senior dia masa tuh, and korang pulak macam kenal je kak peah tuh sape. Aku pun tak kenal. Malu sikit. Haha. Sampai situ jelah. Gila ah kronologi. Takde modal lain diorang ni pun, sebab abang kau tu orang panggil Peah, maka kau adalah Peah mulai saat ini, detik ini, ketika ini. *tang tang! bunyi hakim hentak ape ntah orang panggil tu* . Sampai 3 generasi dah Peah, Peah II, Peah III. Haha. Aku harap satu hari nanti aku dapatla jumpa kak peah yang dimaksudkan. Tak pasal-pasal die glamer sampai nama disebut-sebut dekat sekolah lain zaman berzaman. Hmm pastu kalau dia ada anak, ditakdirkan anak dia anak murid aku, tak kira apa nama dia, memang korang dah dapat agak kan apa nama aku nak panggil dia? *tumbuh tanduk sikit*
3- Dilla, dell, adel dan lala
Zaman matrik, bila orang tanya nama takkan nak menjatuhkan air muka sendiri kata "hai, nama saya dot dot dot panggil aje yokoe takpun peah, kalau nak singkat dan ringkas lagi mesra, boleh je panggil Yoke takpun Pek. Kalau rasa tak cukup komersil, panggil aje rafeah buang" mau kene baling tulang ayam terselit celah gigi since semalam dekat situ jugak. Maka, aku pun bagila nama yang kaum klorga aku panggil. Rasa janggal woh sepanjang hayat tiba-tiba perkenalkan diri dengan nama Dilla. Erkk
Ha aku rasa geng lidah pendek malas nak sebut lebih dari dua suku kata ni ada dimanamana. Bukan diorang yang disebut di atas tadi tu je ye. Maka, aku pun malas nak panjang cerita, jadiklah dell.
Masa dekat ipoh pun macam tu le gamoknyee. Penat-penat bagitau,panggil je dilla alih-alih pergi pendekkan sendiri sendiri tanpa notis 24jam. Ade satu hari tu kan, sorang coursemate ni tanya, eh apesal nama kau dell eh? Tak puas hati le teww aku dapat nama glamer. Haha. Bajet gila. Aku pun dah polohpoloh dahi dada debar debar alahai macam mana nak explain ni. Kang cakap kawan kawan aku semua lidah pendek dia tak caya. Aku pun try an error, alih-alih dia percaya...weehuu. Tapi ayat last die boleh tahan sentap jugak ah "owh, ingatkan sebab ko pakai laptop brand Dell" -_-' Terguris wehh sebab pakai laptop acer je.
Skarang housemates pakat pakat panggil Lala. Eh, takdelah pakat pakat buat mesyuarat dekat bilik lepas tuh bila aku datang diorang shhh shhh eh menade tak discuss ape ape pun. Tak. Diorang pakat sendiri dalam hati. :S
Series weh ramai gila tak tau nama betul aku. Ade sekali tu masa baru-baru belajar guna nama penuh dekat FB tetibe ade orang macam "ooh ni nama kau" dekat wall aku.Haha..
Dah takkesah dah aku korang nak panggil ape walaupun ada orang kata, apa yang orang panggil tuh macam doa kan?Takpelah, tak de pulak aku pernah dengar so far nama-nama tuh bawak maksud tak baik kan. Lagipun semua bergantung dekat niat. Aku percaya diorang tak ada niatniat tak baik, kan kan kan koranggg?
Cmane la agaknya kad kawen aku nanti. Pastu papan tanda ke rumah pengantin semua semua tuh.Ramai tak kenal nama penuh aku ni.Isk isk.
Ade jugak kang aku tulis Nur Fadhillah Bakren@Yokoe@Yoke@Peah@Pek@Dilla@Dell@ Adel @Lala. Bak kata Kak Di, kau ade???
9 comments:
Lala~~ this is hilarious !! ada kak peah rupanya..haha..Yeay Lala dah hepi2 balik ^_^
yg benar,
org cantik pertama komen
ps. ke blom approve komen org lain ? nak jadi first jugak tak kira T_T
Bila Dell berceloteh. Dari atas sampai bawah aku baca weh! haha. belanja gambar tudung kura sebiji la kak!
makin lame macam nampak ade sipi2 name sendiri dah...
peah..name aku norhamira..cam ne bleh jd abby?haha...jawab2..
suze:setiap bende mesti ade asal usul susur galur kan..serious teringin nak jumpe kak peah tu taw.isk
faiez: haha..tu orang2 jiwa kental, hati kudus, jiwa murni je buleh tengok.i'm ready if you're hahaha
tita: haha..harap2 sampai situ jela..
abby: sebab kau vajet kau abby abadi?kahkahkah..
Peah, sumpah lawak la. Ari tu dieorang sibuk tanay pasal nama peah tu.
Tee cakap nama tu x sedap. Hahaha.
berrrraaniii dia kata tak sedap?sedihla kak peah (ori) macam ni.
haha..part lidah pendek tu xley blah..hadoiii..
Aku rasa takde orang yang panggil aku selain Nanu kecuali family. Aku rasa akan kenalkan nama ni sampai bila-bila kot. Sorry makayah! Haha :DDDD
Post a Comment