Tidaklah berapa random pun. Nanti nampak macam kesampahan pulak terlampau random ni. T_T Tapi kadang-kadang benda-benda random ni buat aku (tak tahulah kau kau semua) seronok dan rasa terisi. Contoh hari ni. Ada senior datang melawat kitorang sebab Su and Kinah dah nak balik next week. And Kak Faizah ni pun adalah third year student, end of this July akan berangkat ke Msia sambung KPLI dekat M4P, Penang. Sekarang memang musim beliau melawat juniors yang dah nak balik bercuti. Baik sungguh beliau. Tapi tidaklah begitu random tetiba datang terjah, tak tak. Dah buat appointment awal-awal lagi. Sebab takut tak kena masa pulak. Tengok, siapa kata lepas exams berlapang-lapang begitu sahaja? Nak datang pun kena ada appointment ;)
Beliau pun memang dah macam kakak kitorang dah. Bukan bagi Tazkirah je, popia pun dia bagi sekali tadi.Haha..Bila beliau datang, kitorang masak. Bila kitorang datang, beliau pun masak. Tadi, si kitchen goddess flat 302 aka kak jah soto, masak kari ikan,ayam masak merah, sayur goreng. Tak berhenti-henti dia masak. Dahlah muka serious,memang boleh nangis ah kau tengok. (sekali lagi, bukan ah kau siat). Dah kata goddess, masak telur dadar pun meleleh weh. Haha..
formal.
oh kak faizah pandai posing juga rupanya ;)
su;hari ni hari rabu last die dekat LP, before balik Msia. T_T
yang akan setia bersama LP hingga akhir waktu T_____________________T
bye bye kak. 19july ni akak convo iA kitorang datang k?
Pastu aku ter-rajin pulak nak merebus keledek (beli minggu lepas..haha)pastu lenyek-lenyek buat kuih keria. Lagi sekali, tepukan gemuruh kepada sidiaini. Banyak oh jasa. Baruuuu tahu susah gak nak buat. Lembik weh nak uli. Terlebih uli kang liat plak. Pastu melekat-lekat kat tangan. Terlebih tepung tak sedap.Dah elok cantik kau uli buat lubang nampak macam gelang Kak Nam, tiba-tiba melekat pulak dekat bekas buat letak sebelum goreng. Dah bujur pulak jadinya. Uli lagi sekali. Adelah dalam 15 kali percubaan gagal tadi. (exaggerate).
Nah ah tengok;
oh, takpe, dah tahu dah nak cakap ape..Haha..simpan je ah dalam hati ye.
So petang tu kitorang pegi playground dekat area Butt's ni je. Ramai jugak la mula-mula sampai tu. Nak main buaian pun, gadis-gadie genit baru belajar bersolek dan berpakwe tengah main. Lepak-lepak dan usya-usya sajo.
Rase macam nak main ade satu mainan ni. HAHA..tak boleh cerita banyak kat sini sebab minahsenget ni kate nak cerita dekat blog dia. Nak menangis jugaklah kitorang tadi sebab benda tu. Bukan sedih ar weh, gila tak tahan gelak kaw2.HAHA..Earlsdon boyy..Earlsdon boy.
Sekarang rasa nak out dulu. Mata berpinar, kepala berpusing sebab main benda pusing-pusing tadi. Chow! @_@
4 comments:
"siapa kata lepas exam boleh berlapang-lapang..?"
okay tu sememangnya benar! :DD
hehe....lebar betul mulut orang sedih tu T___________________________T
hoish...muka serious masa masak eh?? aku siat kau kang jap g.. hahahahahha.. kuih keria lembik2 macam nk kne pukul dengan aku sebab bentuk2 tak jadi bulat dan lubang d tengah.. hahahaha
nako:ya, memang benar, tiada yang benar selain yang benar2 belaka ;)
Cik soo: HAHA..sedih cambil membuat bibir macam ika buat tu..kahkahkah
.....:ape dot dot dot?takde nama ke? kau nak siat-siat aku?pastu letak dekat soto jadi cam ayaam goreng siat-siat eh?eh cam sedapp je.naaak...?
Post a Comment