Tuesday, June 22, 2010

#23-Goosebumps!

Oh oh..Siapa kata lepas exams gila free tak ade perkara langsung nak buat, merawang-rawang menjaja cikedis (bahasa zaman kanak-kanak hingusan,aka jajan,keropok, junk food). Oh, anda begitu silap!Terbukti anda silap. Memang sumpah ah silap. Bertindan-tindan ah kesilapan anda. Memang melampau-lampau ah silapnya kau! Isy3, tak dapek den nak nolong eh dagho! (kata minah n9,haruuus keluar loghat!)

30 hari saya bakal terisi-bukti dah ada,tu, nampak list tu?Tak nampak buta ah kau! Eh bukan ah kau siat pemilik rumah tumpangan. Buta lah kau kalau tak nampak list tu. Bukti terang jelas nyata.

Movies juga banyak, memang banyak dalam kepala ni dah terfikir setiap pukul 930pagi isnin,selasa,khamis dan jumaat lepas lagi. Tak tahu apsal tah setiap waktu tu je. Apsal heh apsal?*mintak pelempang* Nak catch up the apprentice lagi!(oh saya suka!).

Memasak! Ye memasak. Yang ni sejak pukul 1230 tgh hari setiap isnin, selasa, khamis, jumaat lepas jugak. Sekali lagi tak tahu apsal. Eh, dah-dah tak payah cari pasal.

Board games!yeay.hahaha..malam ni jom jom!Pictionary terbukti sangat menarik nampaknya. Sampai terbawa -bawa bersama angan-angan seorang sahabat yang sedang bercuti senang lenang di Malaysia untuk bermain beramai-ramai bersama-sama. Oh, tidak sabar untuk pulang ke tanah air tercinta berkumpul bersama sanak saudara sahabat tercinta. Tidak lupa berbakti kepada Man Tomyam, Ejan burger, juga Satay Hj Samuri. Membantu mempertingkatkan ekonomi mereka, bakti juga lah bukan?

Ok dah, sebenarnya nak cerita pasal lain. Tengok sampai dah merapu, boleh tahan banyak perkataan bukti dah sebut dalam entry ni. Sebenarnya baru lepas baca entry kak dee hot gojes tadi. Oh, baru baca habis. Seram nak habiskan malam haritu.

Oh sekarang, peringatan kepada yang tidak berapa berani, sampai di sini sahaja perjumpaan kita ye. Anda boleh keluar sekarang. Ok kejam sangat bunyinya, anda boleh klik tanda [x] di sudut kanan atas tu ok. Yang guna imac,mac book, boleh belah lah korang. Eh tak tak, boleh cari di sebelah kanan ye. HAHA. Maaflah, terasa emo pula sejak terpandang-pandang apple products sejak dua menjak ni. T_T

Kisah ni dah lama, zaman belum baligh, innocent la jugak. Budak-budak, siapa tak innocent, angelic kan? Oh budak-budak zaman sekarang tak tahulah, ter"advanced" sudah. Oh tidak! Teringat kes pensel atiqahsahidah cerita. Oh mimpi ngeri oh!

Berbalik kepada kisah, masa tu cuti sekolah, kami sekeluarga bertandang ke rumah makcik sebelah emak, adik kepada emak. Kat Bandar Tenggara, Johor. (ok, tak payah selak buku geografi nak tengok projek tenggara apakah.) Nak dijadikan cerita, rumah itu ada lah kes dan ceritanya, tak tahulah pasal rumah tu ke, atau anak kedua makcik itu. Sepupu saya itu selalu kena ganggu, masa zaman-zaman kegemilangan silam muda remaja bergelar student UKM. Bukan setakat di rumah, sampai terbawa-bawa ke kampus.

Kebetulan masa kami datang tu, rumah tu baru je dipagar. (bukan pagar elektrik automatik buka sendiri pakai remote control. Bukan!). And malam tu, anak-beranak baca surah Yasin, dan ayat-ayat pendinding. Aku nampak dekat dinding bilik pun ade bertampal ayat-ayat begitu.

Aku seram dah. Biasala budak kecik. Kucing hitam melintas pun dah rasa nak menangis, nak terkencing dalam seluar. Oh sekarang pun mungkin juga seram. Maka, jangan berlagak, kau dah besar maka kau takkan diganggu. Oh, tidak.

Malam tu, aku tidur dengan mak, dekat dalam bilik sepupu aku yang kene kacau tu. Aku pun tak tahu apsal. Nak je aku join abang-abang aku tidur secara pukal dekat ruang tamu. Sepupu-sepupu tidur bilik lagi satu. Aku dah rasa semacam dah masa masuk bilik tu nak tidur. Rasa macam taknak tidur je malam tu.Tu la, kalau tak dengar cerita, mungkinla tak rasa ape kan. Ni dah dengar cerita, rase macam ade je mata yang tengah pandang, almari baju, meja solek pun kau rase tengah usyar kau. Bila cakap kat mak, mak kata, alah malaikat kan memang sentiasa ada, malaikatlah yang pandang tu.

Malam tu aku macam tak dapat tidur. Panas semacam. Satu hal sebab aku jenis tak boleh pindah tempat tidur. Macam mana empuk, sedap pun katil bantal, celik jela mata aku pandang ceiling, dinding segala. Kecuali kalau dah lepas beberapa hari, barulah boleh biasa. Baru je nak terlelap, mak aku tiba-tiba bangun, bukak tingkap. Panas, dia kata. Aku jadi lagi seram. Dalam kepala dah bayang macam-macam dah. Kalaulah benda tu boleh tukar jadi asap, masuk, tiba-tiba menjelma sebelah aku ke, takpun tiba-tiba ade ke pulak lembaga bertelekung datang hujung katil macam yang sepupu aku cerita die kena kacau macam mana. Kalau tiba-tiba pulak ade nenek ke datang masuk bilik tu yang tak tutup pintu ade tabir jarang tu je, kalaulaaa_______ (dan aku pun terlelap)


Tiba-tiba aku terjaga, tak tahu pulak pukul berapa. Dalam samar-samar tu, aku terpandang pintu, dada aku berdegup. Aku nampak kelibat seseorang bertelekung keluar dari bilik tu. Dengan kain telekung dia terseret, pelan-pelan dia keluar. Aku tengok, mak kat sebelah lena tidur. Ah sudah!Berpeluh-peluh aku cuba tidur balik, mengerekot pandang arah mak. Sumpah ah takut!


Esok pagi tu aku terus cerita dekat mak. Mak macam biase, selamba yaya cakap mungkin ade lah tu sepupu aku datang solat subuh ke ape ke. Ah, tak puas hati, aku tanya sepupu-sepupu aku.

Diorang, as expected, terkejutlah ape lagi.


Tetibe aku terfkir, mungkin sepupu aku yang selalu kena kacau tu tak tidur kat situ malam tu, makanya benda tu pun tak jadilah nak menyakat. Mungkin. Nasib baik kau tak tukar mangsa. Phew!


p/s-cerita hantu pun boleh dikira mengumpat hantu eyh? Oh baiklah , tak cerita hantu lagi dah, hantu jenglot, mat lampir, niyang rapik, pontianak harum sundal malam ke pe,baiklah T_T

3 comments:

Ila Aqilah said...

haha..yoke! kalo fibi kan dah jerit panggil mak ko, ni ko bleh diam je..

atiqahsahidah said...

atiqahsahidah tu mcm name aku..tp knape ak xtau crita pensel yg mane??huhu

fadhillahbakren said...

fibi: masa tu macam mamai-mamai la kan. separuh sedar. tak pk la nak buat ape dah kan.T_T

tikern:cerita masa kita otw balik dari main frisbee.budak darjah 3 kat msia tu.kes rogol tu.