Saturday, August 29, 2009

oh surau oh masjid

kisah 1: ragut ketika solat.
seorang makcik memberitahu kisah pengalaman sebenarnya di sebuah surau berhampiran rumah aku.kira dengarlah bunyi azan tu dgn jelasnya tiap kali masuk waktu.alkisah,makcik ni baru balik dari bandar, ada urusan.beliau pun singgahla kat surau tu nak solat maghrib.pakai telekung,letak handbag kat sebelah.dalam handbag ada tambah tolak RM2000 CASH!

rakaat pertama berjalan lancar.masuk je rakaat kedua,zup!purse kene *sauk.dub dab dub dab hati makcik itu."mcm mana ni,nak selamatkan ke tak?ah,jap lagilah.eyh tak bley!ada bnyk moneyyy."yaaaah...makcik membatalkan solatnya dan terus  mengejar itu penjahat perompak peragut penyamun sialan!

dari jauh makcik lihat sekumpulan budak2.budak2 ya!tengah leka membahagikan sesuatu. "kau amik ni,ni aku punya,"kata si bahalol 1. bahalol 2 tak puas hati."mane boleh.kau amikla ni,aku nak ni!"sambil di kedua2 tgn memegang note2 RM50.

sekali lagi makcik buat aksi hero dgn melibas handbagnya ke arah budak2 itu.hahaha..padan mukaaaa kauuuu.



kisah 2: tabung masjid. 
"eyh kau cover line!cepatlaaa,"kata badigol 1,seorang budak laki2
"ye.buat jelaaa kerja kauuu,"badigol 2 si hampas menjawab.juga seorang budak laki2

badigol satu dgn skill konon power memegang sebatang lidi yg dah diletakkan gam di hujungnya memasukkan lidi ke dalam tabung masjid.perlahan,perlahan.....seringgit,seringgit lagi..ting!ah duit syiling.berat.cuba lagii

sekian cerita saya.






aku serahkan kat anda,anda,anda dan anda semua nak bagi penilaian,baling batu ke penampar pelempang kat budak2 tu.or...nak tiru skill dorang.aku x tanggungjawab ye..

budak2 itu adalah macam budak2 yg selalu ke masjid dan surau.tak sembahyang tapi bising2 memekak.bulan puasa orang solat tarawikh dia perang israel ngan afghanistan kat luar.kedebom!kebabom!ah yang tu malas nak crite.

persoalannya: ape ni?budak2 dah ada jiwa seorang peragut perompak penyamun pencuri.ape kejadahnye???
mencuri kat masjid?surau?astaghfirullahh.

*sauk-mengambil dgn pntas tanpa fikir banyak.

Friday, August 28, 2009

happy!happy!

minggu ni mcm meriah je buka puasa.sebabbbbb

1- semua orang ada,abg long,angah,alang.ceh ckp mcm ramai naa siblings.ah tak kisah yg penting ckup korum.bile lagiii kan.sorang kl sorang pulapol nu haaa.bile ade semua rasa meriah lain mcm.nescaya homesick kaw2 ah ni lagi 2 bulan!

2- angah berjaya jumpa encik aftamed!!!!!hahahahaha.....hahahaha...dan hahahahahaha lagiiii.eyh.sabar weyh.rabak mulut tu kang.ok2.alhamdulillahhhh.
*memangla kau ni aftamed memilih tempat nak diam.but anyway,i lap u lah!forever and for always lah!*

3-boleyh main2 sama my niece.padahal baru minggu lepas jumpe.sebab belyau sgt comel dan smakin kelakarlaa telatahnye.saye pun sgt excited menanti belyau dtg.


 2 months old.skang sudah bertambah sebnyk 3 bulan.pipi semakin booollaaatttt.owh saya tidak ada gmbar beliau yang latest!

4-tak perlu rasa mcm nak menangis lagi.sebab aku mmg nk keluar mggu ni.confirm!ahahah..gagah bukan?
5-amendeee ntah nak tulis lagi.tapi mmg happy ah!
lauk buka puasa hari ini-daging masak kicap sumpah sedap,ayam goreng rempah mmg lazat ah! (kegemaran encik sword!haha),ikan selar masak lemak cili api berapi.
tapi
aku lom bleh mkn dgn sempurna lagi. T______T



ramdhan...pastu syawal...aghhhhh..nape aku mesti teringat!

bodohla kau!pehal ko wat camtu aritu kat die

kenape?
aku still teringat padahal aku tersangat xnak ingat?


kad raya antar poslaju-kwey ipoh-kfc pudu.

argh sengal!

lupekan jela weyhhhhh


die da mati

da mati

da mati







dari ingatan kau










hargai











org yg lbey











hargai kau!

Wednesday, August 26, 2009

kenapa saya rasa mcm mau menagis?

plan mahu mengunjungi km plaza membeli baju raya dan ke singapore street membeli barang2 buat kuih raya bersama abg long, kak lin, alang ngan mak mungkin terpaksa dibatalkan.eyh tipu.plan x batal.aku je x pegi kot.aku kene duduk umah je.duduk umah sahaja pada hari weekend yg sgt heaven kalau dpt membeli belah persiapan raya bersama ahli keluarga seterusnya ke bazar ramadhan.penat tapi berbaloi.ah,sumpah rugi!

aku dah usha satu baju ni.kurung siap jenis chiffon. mak aku kate pesyen chiffon2 ni da penah kuar dlu2 tapi skang kuar lagi.tak kesahla.dlu2 tu aku lum ade. kaler soft purple.mcm sweet.

harap2 lum ade org rembat!


rasa mcm kene g ipoh mendapatkan encik aftamed ngan keno.sapa mau teman?

smile,senyum...=)

i wish i could smile
like i did before
smile, people!
cause it brightens up your day,
smile,
and your sorrow and sadness will just fade away
and i really wish i could smile
like how i used to before..
ape ntah aku mrepek.cam dak skolah hasil entry ini.pftttt

merajuk ah!

Tuesday, August 25, 2009

dah kuar kat paper pun payah nak cari gak?wuddaheels!

aftamed oral gel,
kenapa susah sgt nak cari kau ha?
aku dah nak give up neh taw x..
apsal laaaa bnyk2 farmasi kat sban takde jual kau?ape pyh sgt ke nak dapat kau ni?
kau tau tak kau best?
bagi warga2 mouth ulcer,kau hebat!
nak tau kehebatan kau?
1-kau cool serta dpt mengcoolkan luka ulcer.sgt best
2-kau dahla tak memedihkan,pastu siap bley ilangkan rasa pedih ulcer taw x? bile letak je lega.
3-kau bebas alkohol.tu menguatkan point ke-2 tu.
4-kau semanis strawberi yg manis.
5-kau harmless terhadap perut.kalau tertelan insyaAllah xde pape.kalau manis mmg confirmlaa aku telan.
6-kau cepat sgt cepat memujarabkan ulcer (kuasa Allah).2 hari je insyaAllah sembuh.
sgt hebat.of all reasons,aku sgt adore kau sebab point no 2.aku pelik ah nape susah tul nak dpt kau ni.nanges2 aku cari kau.ye kau mmg hot!tapi asal ko pilih2 tempat nak diam ha?
asal ko suke sgt ipoh tu?bukanlaa ipoh pun.kat ulu kinta nu ha.farmasi kat bercham tu.
patutnye aku beli sepuluh taw x.nanti2 dpt ulcer takyah aku menggelabah dah.tapi sebab aku ni manusia biasa,mane nak bajet ulcer dtg balik kan.*x baik nyesal2*
kau mmg hot!penah kuar paper lak tu.pehal pyh na nak dpt kau heh?
aku.sgt.adore.kau.faham?bley x kau senang2kan sket aku nak cari kau?

Monday, August 24, 2009

Dugaan.Cubaan.Keredhaan

It has been more than one year im suffering from this illness.It has recovered but somehow,it keeps coming again.and it strikes again.now.

i went to several clinics,private as well as GH.it worked but for a while.

 most probably its due to seafood allergy but its not 100% confirmed yet.specialist pun ckp it maybe because of some medicines.

it has been one year taw.if one week tu pun cuak.and im seriously scared now.could it be cured?like, forever?

:: ada appointment in three days' time.harap2 berbaloi.bantu aku Ya Allah::

kepadaMu aku bermohon

Sgt2 perlukan perhatianNya.To Him ive always relied on.Ya Tuhan,Engkau Maha Penyembuh segala penyakit.hanya padaMu aku bermunajat dan memohon keampunan.
Sembuhkan kesakitanku ini,Ya Rahman,Ya Rahim.
T_____________T

Sunday, August 23, 2009

takleh ganas lagi ke?

muahaha.tetibe terjumpe these pics.netball match kat ipip.study week mase tu.gilo!masing2 nak release kepenatan study.kot!hahah

kenapa tajuk entry ku cmni?haha.aku cam seriau nak men dah pasni.serius.tak ingat lah what was my position masa tu but mmg ganaslaaa opponent yg guard aku.dahla aku mmg buta hukum hakam men netball.skali die blasah tak hengat aku ni manusia.hohoh..ganas bukan?

dak2 ni siap cam "eyh gilerla minah tu guard ko.asal tak siku je?". aku lak cam "owh eyh?bukan mmg cmtu ke pttnye kalo nak guard" "haisy.takdelaa smpai ko takley nak move memane.siyot ganas minah tu..bla3...prot pret brot bret".aku cam wonder,ayat berbentuk nasihat kah itu atau membatu api aku yg tgh paneh at that moment.dah habeh main baru aku tau yang minah tu ley dipenalty.siyot ah buta hukum tul aku.malu3..

tgk ah mangsa keganasan neh


lek dlu.kasi panas itu padang.ceh!mcm hebatlah kau fadhilahbakren.buta hukum tul!tlg ah rebut bola tu sian kayla.

padang licin + kasut uzur mmg dah buang dah.hahah.


no comment


akak baju biru stokin pink: tolong..!lepas ar weyh kaki aku.
si poyo yg tgh jatuh juga berstokin pink: naseb ar sape suh ganas sgt.nak kene ikat ni kaki ni..(dalam hati)

ok entry ini adalah bosan.ah lantak.blog aku.saje je nak tunjuk bukti seorang buta hukum bermain netball secara memswine buta.hahah..

kami pulang dengan lenguh badan dan juga kalah teruk.muahahah..sape suh bagi aku maen.






credits to ESSET and oyya!bahagian tajaan too..clap3..

ye.venue sgt best.bilik best fud best ceramah tak best.haih tak baik.ok2 best.paliiiiinngggg mengancan is senamrobik.

*hey..buat betul2..tak buat takley gi overseaaaaa..muahaha...*
*sabarla baaanggg..nak pegi mana tuuuu*

awww...muahaha..pagi2 da bikin panas akak oops abang2 instructor tu.muahaha..xley blah tul. gamba dorang takde.kalo tak,mmg laaagiii panaass!

ok la malas nak bnyk cite.sile lihat gamba2 berikut



bilik yang terbaeeekkk...




tetibe rase ngntuk.muahaha


skuad meracun rumput.hahah


ceramah.ehhem.sape tido tu weyyy..isy!


nak gak mensibuk.hahah


overall,sangat seronok snanye.part2 yang pepagi makan,jap gi kang makan,pastu makan lagi.muahaha.tido seawal 1030 malam.bangun selewat 630 pagi.

ok la kan dpd duk melanguk kat umah tak wat pape kan.

again, thanx to bahagian tajaan sebab organise kursus ni.hoyyeh2.clap3..




Friday, August 21, 2009

ramdhan tiba lagi

ya.ramadhan tiba lagi.moga2 ramadhan kali ni lebih baik dpd yg sebelumnya.amiinn.

ape hek nak crite sal ramadhan kali ni.hoyyeh.buat kesekian kalinya dapat puasa sbulan penuuuhhhh kat umah.ok tipu.walaupun takpat sebulan (keuzuran keperempuanan),dptla merasa sebulan nikmat ramadhan kali ni di rumah ngan family!dapatlaaa menjamah home cooked meal.ok tipu lagi.bukan menjamah.melantaks..hahaha

thn2 lepas...
kat ipip.seronok gak.meriah.buka puasa reramai kat surau.pastu solat jemaah smpai peluh2.tapi seronoknya lain mcm.penat tapi rasa berbaloi2.hehe

petang2 g rayau kat depan tgk2 kwey.balik je tak larat nak makan.sorang beli 2 jenis,dah rakan2 aku 4-5 orang skali buke.bley bayang tak penuhnya lantai tmpat kitorang mkn tu?tapi still seronok beb!

ari last puasa ada iftar perdana.mmg kaw2la fud eyh.ingat lagi masa 1st sem siap ada khemah segala.mcm tak ingat dunia aku ngan dak2 ni makan.muahaha..rezeki beb.bile ramai2 makan, selera pun..nauzubillah.

last year,iftar perdana ade anak2 yatim.sayu je tgk diorang.kire 1st time snanye buka puasa ngan mereka.mak aku kata,anak2 yatim ni air muka diorang lain.cam syahdu je tengok.

zaman stj..
zaman beratur ngan tray besi ade tulih sms negeri sembilan thn bile ntah tak ingat.pun aku rasa meriahnye lain mcm.lagi2 dah nak dekat cuti tu.ngan berdentum2 bunyi mercun.feel lain mcm nak smbut raya..


kali ni
di rumah.best.lagi2 masa nak prepare fud.ok mak yang masak,aku tukang sebok.hahaha.tukang blend tembikai wat air,letak kueh lam piring,senduk lauk masuk mangkuk dan aktiviti2 sampingan yang lain.heheh.best.

n tukang basuh segala pinggan mangkuk pas makan.heh.best lah!


ok dah stop.bnyak sgt best dlm ayat2 aku.yelah,nx year jadi warga berpuasa di perantauan.haih.sebak!

so kepada semua warga muslimin dan muslimat,selamat berpuasa di ucapkan.bnykkan beramal. *peringatan utk diri sendiri gak*


::kenapa aku delete entry lepas?mungkin nak amik keberkatan Ramadhan kot nak start entry.heheh ::