Wednesday, June 23, 2010

#11-Oh-so-random

Tidaklah berapa random pun. Nanti nampak macam kesampahan pulak terlampau random ni. T_T Tapi kadang-kadang benda-benda random ni buat aku (tak tahulah kau kau semua) seronok dan rasa terisi. Contoh hari ni. Ada senior datang melawat kitorang sebab Su and Kinah dah nak balik next week. And Kak Faizah ni pun adalah third year student, end of this July akan berangkat ke Msia sambung KPLI dekat M4P, Penang. Sekarang memang musim beliau melawat juniors yang dah nak balik bercuti. Baik sungguh beliau. Tapi tidaklah begitu random tetiba datang terjah, tak tak. Dah buat appointment awal-awal lagi. Sebab takut tak kena masa pulak. Tengok, siapa kata lepas exams berlapang-lapang begitu sahaja? Nak datang pun kena ada appointment ;)

Beliau pun memang dah macam kakak kitorang dah. Bukan bagi Tazkirah je, popia pun dia bagi sekali tadi.Haha..Bila beliau datang, kitorang masak. Bila kitorang datang, beliau pun masak. Tadi, si kitchen goddess flat 302 aka kak jah soto, masak kari ikan,ayam masak merah, sayur goreng. Tak berhenti-henti dia masak. Dahlah muka serious,memang boleh nangis ah kau tengok. (sekali lagi, bukan ah kau siat). Dah kata goddess, masak telur dadar pun meleleh weh. Haha..


formal.



oh kak faizah pandai posing juga rupanya ;)


su;hari ni hari rabu last die dekat LP, before balik Msia. T_T


yang akan setia bersama LP hingga akhir waktu T_____________________T


bye bye kak. 19july ni akak convo iA kitorang datang k?

Pastu aku ter-rajin pulak nak merebus keledek (beli minggu lepas..haha)pastu lenyek-lenyek buat kuih keria. Lagi sekali, tepukan gemuruh kepada sidiaini. Banyak oh jasa. Baruuuu tahu susah gak nak buat. Lembik weh nak uli. Terlebih uli kang liat plak. Pastu melekat-lekat kat tangan. Terlebih tepung tak sedap.Dah elok cantik kau uli buat lubang nampak macam gelang Kak Nam, tiba-tiba melekat pulak dekat bekas buat letak sebelum goreng. Dah bujur pulak jadinya. Uli lagi sekali. Adelah dalam 15 kali percubaan gagal tadi. (exaggerate).

Nah ah tengok;


oh, takpe, dah tahu dah nak cakap ape..Haha..simpan je ah dalam hati ye. 

So petang tu kitorang pegi playground dekat area Butt's ni je. Ramai jugak la mula-mula sampai tu. Nak main buaian pun, gadis-gadie genit baru belajar bersolek dan berpakwe tengah main. Lepak-lepak dan usya-usya sajo. 

Rase macam nak main ade satu mainan ni. HAHA..tak boleh cerita banyak kat sini sebab minahsenget ni kate nak cerita dekat blog dia. Nak menangis jugaklah kitorang tadi sebab benda tu. Bukan sedih ar weh, gila tak tahan gelak kaw2.HAHA..Earlsdon boyy..Earlsdon boy. 


Sekarang rasa nak out dulu. Mata berpinar, kepala berpusing sebab main benda pusing-pusing tadi. Chow! @_@

#24-What gets on my nerves!!



Oh, selain cawanganMichelle dan Hamis Jalikha, Scha Alyahya juga adalah antara mereka yang saya like dekat facebook. Ya, betul-betul like. Dan tadi, terasa rindu pula dekat Scha, since Ah Wan Daniya lagi saya sudah ada crush sama dia (sounds lesbo isnt it?), saya pun try mentype nama beliau dekat kotak search itu. Naik sahaja gambar beliau, tanpa segan silu saya terus tekan "enter".

Tiba-tiba rasa pelik. Apehalll lain macam je neh. Selalu ade update, latest drama or movie ke pe kan boleh la menskodeng dekat utube lepas tu. Pelik-pelik je dah aku tengok wall post. Aku scroll lagi, ke bwah. Makin pelik. Siap ade link dari sape entah. Ape bahananya entah pergi pos benda-benda menjengkelkan tuh!No offence, tapi siapa suka weh tengok orang mati ngeri-ngeri darah darah, pelik-pelik baby ada ulat, ular whatever not. Couldnt elak, sebab memang berderet-deret gila posts macam tak ada life ke hape weh kau nak tayang benda-benda macam tu. Well, banyak-banyak cara nak bagi kesedaran, tak boleh ke cara halus lembut sikit, reverse psychology ke ape. Tiba-tiba kembang pulak tekak aku teringat. 


Aku scroll naik atas balik.
uiouygewflk;sdfyuiewfjvhkjbfnq'erpihgnqerg!!!!


Apsallll aku boleh tak perasan, ni page orang-orang anti akak cantik Scha lah!Cis. Patut pun profile picture pelik muka herot. Memang takde life ah kau buat group macam ni!



Cakap pasal FB ni aku teringat aku terbaca ada post siapa entah, pasal delete somebody from friends list. Ye, pernah mengalami kejadian serupa. Meremove manusia (for God knows the reasons why) Tiba-tiba dia send request balik. Accept or ignore?Saya pilih ignore, tak sampai hati ah nak biarkan lama-lama. Terus kau kene block terus aku. 

Tak lamaaaaaaa lepas tu, datang balik request. Aku macam dah eh?Tak dapat hint eh.

Tuesday, June 22, 2010

#23-Goosebumps!

Oh oh..Siapa kata lepas exams gila free tak ade perkara langsung nak buat, merawang-rawang menjaja cikedis (bahasa zaman kanak-kanak hingusan,aka jajan,keropok, junk food). Oh, anda begitu silap!Terbukti anda silap. Memang sumpah ah silap. Bertindan-tindan ah kesilapan anda. Memang melampau-lampau ah silapnya kau! Isy3, tak dapek den nak nolong eh dagho! (kata minah n9,haruuus keluar loghat!)

30 hari saya bakal terisi-bukti dah ada,tu, nampak list tu?Tak nampak buta ah kau! Eh bukan ah kau siat pemilik rumah tumpangan. Buta lah kau kalau tak nampak list tu. Bukti terang jelas nyata.

Movies juga banyak, memang banyak dalam kepala ni dah terfikir setiap pukul 930pagi isnin,selasa,khamis dan jumaat lepas lagi. Tak tahu apsal tah setiap waktu tu je. Apsal heh apsal?*mintak pelempang* Nak catch up the apprentice lagi!(oh saya suka!).

Memasak! Ye memasak. Yang ni sejak pukul 1230 tgh hari setiap isnin, selasa, khamis, jumaat lepas jugak. Sekali lagi tak tahu apsal. Eh, dah-dah tak payah cari pasal.

Board games!yeay.hahaha..malam ni jom jom!Pictionary terbukti sangat menarik nampaknya. Sampai terbawa -bawa bersama angan-angan seorang sahabat yang sedang bercuti senang lenang di Malaysia untuk bermain beramai-ramai bersama-sama. Oh, tidak sabar untuk pulang ke tanah air tercinta berkumpul bersama sanak saudara sahabat tercinta. Tidak lupa berbakti kepada Man Tomyam, Ejan burger, juga Satay Hj Samuri. Membantu mempertingkatkan ekonomi mereka, bakti juga lah bukan?

Ok dah, sebenarnya nak cerita pasal lain. Tengok sampai dah merapu, boleh tahan banyak perkataan bukti dah sebut dalam entry ni. Sebenarnya baru lepas baca entry kak dee hot gojes tadi. Oh, baru baca habis. Seram nak habiskan malam haritu.

Oh sekarang, peringatan kepada yang tidak berapa berani, sampai di sini sahaja perjumpaan kita ye. Anda boleh keluar sekarang. Ok kejam sangat bunyinya, anda boleh klik tanda [x] di sudut kanan atas tu ok. Yang guna imac,mac book, boleh belah lah korang. Eh tak tak, boleh cari di sebelah kanan ye. HAHA. Maaflah, terasa emo pula sejak terpandang-pandang apple products sejak dua menjak ni. T_T

Kisah ni dah lama, zaman belum baligh, innocent la jugak. Budak-budak, siapa tak innocent, angelic kan? Oh budak-budak zaman sekarang tak tahulah, ter"advanced" sudah. Oh tidak! Teringat kes pensel atiqahsahidah cerita. Oh mimpi ngeri oh!

Berbalik kepada kisah, masa tu cuti sekolah, kami sekeluarga bertandang ke rumah makcik sebelah emak, adik kepada emak. Kat Bandar Tenggara, Johor. (ok, tak payah selak buku geografi nak tengok projek tenggara apakah.) Nak dijadikan cerita, rumah itu ada lah kes dan ceritanya, tak tahulah pasal rumah tu ke, atau anak kedua makcik itu. Sepupu saya itu selalu kena ganggu, masa zaman-zaman kegemilangan silam muda remaja bergelar student UKM. Bukan setakat di rumah, sampai terbawa-bawa ke kampus.

Kebetulan masa kami datang tu, rumah tu baru je dipagar. (bukan pagar elektrik automatik buka sendiri pakai remote control. Bukan!). And malam tu, anak-beranak baca surah Yasin, dan ayat-ayat pendinding. Aku nampak dekat dinding bilik pun ade bertampal ayat-ayat begitu.

Aku seram dah. Biasala budak kecik. Kucing hitam melintas pun dah rasa nak menangis, nak terkencing dalam seluar. Oh sekarang pun mungkin juga seram. Maka, jangan berlagak, kau dah besar maka kau takkan diganggu. Oh, tidak.

Malam tu, aku tidur dengan mak, dekat dalam bilik sepupu aku yang kene kacau tu. Aku pun tak tahu apsal. Nak je aku join abang-abang aku tidur secara pukal dekat ruang tamu. Sepupu-sepupu tidur bilik lagi satu. Aku dah rasa semacam dah masa masuk bilik tu nak tidur. Rasa macam taknak tidur je malam tu.Tu la, kalau tak dengar cerita, mungkinla tak rasa ape kan. Ni dah dengar cerita, rase macam ade je mata yang tengah pandang, almari baju, meja solek pun kau rase tengah usyar kau. Bila cakap kat mak, mak kata, alah malaikat kan memang sentiasa ada, malaikatlah yang pandang tu.

Malam tu aku macam tak dapat tidur. Panas semacam. Satu hal sebab aku jenis tak boleh pindah tempat tidur. Macam mana empuk, sedap pun katil bantal, celik jela mata aku pandang ceiling, dinding segala. Kecuali kalau dah lepas beberapa hari, barulah boleh biasa. Baru je nak terlelap, mak aku tiba-tiba bangun, bukak tingkap. Panas, dia kata. Aku jadi lagi seram. Dalam kepala dah bayang macam-macam dah. Kalaulah benda tu boleh tukar jadi asap, masuk, tiba-tiba menjelma sebelah aku ke, takpun tiba-tiba ade ke pulak lembaga bertelekung datang hujung katil macam yang sepupu aku cerita die kena kacau macam mana. Kalau tiba-tiba pulak ade nenek ke datang masuk bilik tu yang tak tutup pintu ade tabir jarang tu je, kalaulaaa_______ (dan aku pun terlelap)


Tiba-tiba aku terjaga, tak tahu pulak pukul berapa. Dalam samar-samar tu, aku terpandang pintu, dada aku berdegup. Aku nampak kelibat seseorang bertelekung keluar dari bilik tu. Dengan kain telekung dia terseret, pelan-pelan dia keluar. Aku tengok, mak kat sebelah lena tidur. Ah sudah!Berpeluh-peluh aku cuba tidur balik, mengerekot pandang arah mak. Sumpah ah takut!


Esok pagi tu aku terus cerita dekat mak. Mak macam biase, selamba yaya cakap mungkin ade lah tu sepupu aku datang solat subuh ke ape ke. Ah, tak puas hati, aku tanya sepupu-sepupu aku.

Diorang, as expected, terkejutlah ape lagi.


Tetibe aku terfkir, mungkin sepupu aku yang selalu kena kacau tu tak tidur kat situ malam tu, makanya benda tu pun tak jadilah nak menyakat. Mungkin. Nasib baik kau tak tukar mangsa. Phew!


p/s-cerita hantu pun boleh dikira mengumpat hantu eyh? Oh baiklah , tak cerita hantu lagi dah, hantu jenglot, mat lampir, niyang rapik, pontianak harum sundal malam ke pe,baiklah T_T

#17 Whenever it feels right to write.









“As long as the world is turning and spinning, we’re gonna be dizzy and we’re gonna make mistakes.”
Mel Brooks


**************
Not to be ashamed to admit, YES, i've made mistakes, am making, and will somehow  at some other days make mistakes; the same old ones or that beyond my expectations. Plural that is. With or without me realising for God knows the reasons. The same goes to you, peoples. We're all human beings, we wont be perfect, by nature, by attitudes, and the list goes on. 


But hey, life must go on, yo peeps! No point of regretting those mistakes without working any pieces of effort to avoid repeating the same craps again. We will have to always try to learn to admit, think and do something upon it, don't we? 


After all that I've learnt (i bet all of you too) it will all begin from within, as long as it's stable and strong enough, it will eventually portray the real us. There's no need to picture ourselves as perfect as we would love to be (we ain't perfect, yes?) because the world wont be cheating us, as the real us will somehow be shown, no matter how hard is our effort to try to fake or hide it. It's never by how we portray ourselves in merely incomplete versions of truth, but the lives we're leading, the circle we're in, the  ones very close to our hearts, yes that will surely include friends (true friends indeed) who will cherish every single of our ups in life, and never let their hands off at times we hit speed bumps,them who will neither simply judge nor back us up without both sides of perspectives whenever we need their words of wisdoms and whenever we made mistakes. Those who would stay with us no matter how annoying and irritating we would be at times, the ones who know the real us, and without hesitation saying we'll always have them by our side. No matter how often we've been quarrelled, there'll always be a loud voice in our hearts and minds saying neither will us leave each other, and how important we are to each other no matter what happens. And together we will face the world-from simple pillow talks at nights (when we're about to turn in; talking alone will always indicate the end of it :p), teasing without having any emotional effects or physical damages(?), gossiping(hey,we know our bfs and high school bffs, fyi!) to heart-to-heart talks biggest secrets being shared and every single tears we shed, and the like. And yeah, most vital, a nearly unconditional love and support from family at any times of need. The knowledge we have, experiences we learnt from, are equally important, not to forget. 


No matter how high we would want to fly up to the sky, the ground of earth is the place we should always come back, with or without any choices, we have to step, or maybe walk, or run on its rough, sometimes slippery, surface. We will sometimes be blinded by our own illusions, far enough till we feel it's best to have someone to pat on our back, saying hey, you've gone so far, mate. 


That's how our lives should be portrayed. We live in different ways each day, we're changing, that's the real fact we have to admit. We may not be as the same as we were yesterday. The questions of whom we would've become, what change(s) have we done,  the answers are for us to seek.


"There's no blackboard in the sky on which God has written your purpose, your mission in life. There's no blackboard in the sky that says," (Neale Donald Walsch)--The Secret. But Al-Quran does tell us and neither will it mislead us, it's HIS sayings in it. Never have doubt to refer to it!


So cheer up,people!Laa tahzan! And get inspired by Joseph Campbell's piece of wisdom saying; "Follow your bliss and the universe will open doors for you where there were only walls."


************


Well it's easy said than done, ain't it?Yet talking own experiences are a lot more easier, btw =") These are mine words and thoughts to share. What about you, mates? Any disagreements?I'm all ready to be shot,dead or alive.


Till then, try listening to this, if you feel those i've written above didnt or never will fit in your own shoes pretty perfectly :)


p/s-menggelabah jugak aku selak kamus and browse the net. Phew!

Monday, June 21, 2010

#1 I cant stop laughing.

HAHA. Bila tadi ade orang ajak main board games, teringat that day main pictionary during cooking session with Seongsook tuh. We all had to bring one of the dishes to be cooked in the kitchen upstairs sebab stove tak cukup. So,we played, while waiting.


My team, aa, tickern and me vs din,ammar and nuar. Sex battle huh.Bila teringat mesti nak gelak gila guling-guling. Paling tak tahan nuar, masa kitorang the girls team struggled gila nak teka, dia siap boleh join kitorang. Macam dah jadi satu team dah jerit-jerit words dengan bersemangatnya dekat kitorang. Pandang kitorang sambil bersemangat waja meneka angkat-angkat tangan (eg: ball!err telephone!!!). Histeria weh. Mane nak tahan gelak, nak suruh die teka dekat group dia, mane nak fikir lagi kan. HAHA. tak tahan. Tengah type pun boleh gelak sorang-sorang. XD Rasenye bukan setakat nuar, lagi dua orang tu pun same kot. Siap boleh pandang-pandang lukisan kitorang lagi. HAHA. Terpaksa sorok-sorok. Dengan tickern semangat gila meneka,aku tergigil-gigil struggled nak lukis, jap lagi sampai turn aa lukis boleh sorok-sorok sampai dah nak ke lantai.


Jap lagi lepas makan,dah penat, sambung main mini pool. Dah habis bosan, pictionary boleh jadi main teka gambar siapa( coursemates) Aku nak gelak lagi bila teringat aa dengan tikern lukis gambar daus. (ampun daus!). Last-last dah penat, main lukis-lukis gambar, tengok siapa paling menyerupai. It was just for fun, tidak berniat buruk-buruk pun.


Kenapa aku tulis entry macam ni kali ni? Simply because it's the end of year1. Rasa sekejap gila. Banyak benda nak tulis tapi nantilah. Ni je yang teringat. (refer to the 1st paragraph).

Saturday, June 19, 2010

I'm a free bird weehoo!

The last paper was Sociolingusitics. Sungguh cuak sebab entahla. Yang paling tak berapa prepare kot. *ampuun mukul* . Pray hard examiners' world cup teams menang any matches semasa menanda kertas. Ok dah. Tak perlu cerita post-exams syndrom sekarang. 




Oh, blog sudah berwajah baru and ada benda-benda baru. Tu kat tepi, summer notes list. HAHA. Berhajat. Tak tau dapat habiskan ke tak. Actually it's a 30 days-project la konon-konon. Baru ade 16 on the list. Will be updated InsyaAllah. Tengah fikir nak tambah ape lagi. Nak mula pun tak tahu bila. Haih.




Summer break dah mula. Fellow housemates (2 of them) balik this 29th of June. In fact RAMAI gila yang balik by end of this month. Menyesal jugak tak beli tiket balik awal. Takpe2, dah bukan rezeki.






That's the end of this entry. GILA macam tak ada topik. Merewang-rewang tak ada structure. Ni kalau exam ni, kaw2 kene tala ngn Lynette.HAHA *peace Lynette*









Monday, June 7, 2010

Hitman.Seriously!




Terbaik woh mamat ni. Bantailah nak hentam ape kat die, camtuuuu la jugak die. Ape die kesah ye tak?Janji glamer gituuu viewers berbelas ribu kat youtube. 


Nak gelak pun dah tak sampi hati tapi terbaik gakla die ni. Hadoih!




You know when we're listening to walkman, or mp3 or ipod whatever gadget it is, we tend to feel like everyone's listening to the same songs like us? I mean, it's like, we got so immersed in the particular mood of the songs, and yeah, we felt so were others. 

Here's a story. I was on my way home (on the bus),and I was listening to songs randomly played on my (whatever it is). It was Girlfriend (remix version), when I saw a man, in a complete suit, banging his head a little bit as if he was listening to the song too. And he's following the rythm!I mean, the claps and all... Memang kena betul.HAHA.

Penat, macam macam benda pelik aku fikir.

Saturday, June 5, 2010

Rukun Islam kedua



Tengok belog ini.

Thursday, June 3, 2010

Southport trip

First of all, this was a very LAST MINUTE decision. Boleh pulak pergi berjalan tengah-tengah orang sibuk buat revision for finals.Haha..Untuk tidak membuat diri rasa bersalah sebab tak study, I'd love to announce here that this was a one-day trip. (Tak la rase bersalah sangat T_T)

Southport ni dekat Merseyside, sebahagian dari Liverpool City.Hajat di hati kot-kot terserempak Steven Gerard tinggal angan-angan. Macam angan-angan kitorang nak main-main pasir tepi pantai sambil angin sepoi-sepoi bahasa meniup bersama desiran ombak. Pantai surut rupanya. T__T

Tapi, untuk membuang rasa bohoring dan bohosan dan kehecewa, kami jalan-jalan dekat city centre, bukan the whole part. Tapi mana yang sempat lah. Quite interesting, though. Bangunan nampak klasik, jalanraya luas sikit, eh banyak if to compare with other places i've visited so far.


Southport pier-second longest in Britain. Eh, gambar kat atas ni saya googled. HAHA. Tak sempat sampai senja pun. Pukul 545pm dah kena hambat naik bas. Takdelah hambat. Diberi arahan awal. HAHA

Kat bawah ni ha gamba betul-betul.

Kalau kat Malaysia kan, rata-rata yang suka melepak tepi-tepi jalan, kat bangku-bangku taman adalah golongan muda remaja cinta berahi. Whoopsy! Tapi kat sini, hah tengok sendiri. 


Ni trem dekat pier tu. Kalau agak-agak malas nak jalan sepanjang-panjang tu, naikla kau trem ni. Actually, ni maybe untuk makcik-makcik *seperti yg disebut di atas*. Ada yang fully air-conditioned. 



pantai jarak pantai tekukur *bak kata ammar so'od



the art centre.Cantik. 



motif?

Not bad lah trip ni. Dapat juga tengok bezanya matmatsalleh ni. Takat lopak-lopak air laut yang tak berapa nak ada pun boleh gembira sakan lari-lari guling guling percik air. Kesian.



:: Syukur ke hadrat Illahi atas pembebasan kesemua sukarelawan yang ditahan semalam. Kau pemakbul doa, Ya Rabb. =,)

Tuesday, June 1, 2010

why oh why


apsal comel sangat nii????hahaha...*suka suka!!!*

Of Si-yoong-suk's "have a taste on my Korean dishes"

We had a cooking session yesterday. Well done for those who did learn, at least knowing some tongue-twisting names of the food. Not for me, though. Tolong potong ayam kejap pastu lari.HAHA..pemalas gila.

Well, here are some of the pictures. Have a look.


Ni campuran sayur (carrot, capsicum, cendawan) dengan su'un (macam ni ke eja??). Pastu aku tak tahu ape lagi.haha.boleh tahan sedap. Pastu yang tahu kering tu.*(baru nampak dalam gambar)



the one on the right was a bit similar with daging masak kicap. cuma tak sehitam pekat daging kicapla. Ada rasa manis2. Yang belah kiri tu, kobis jeruk kot (in BM).Haha..Yang hujung tu  ayam. Masak dengan epal and pear, pastu adela rempah ratus ape lagi tah. Tak ingat. The reason for adding on fruits is to sweeten it. Bak kata chef la. Memang ada rasa masam-masam manis sikit. *cakap je lebih, padahal lepas tolong potong buah and ayam aku lari pergi bilik sha.haha



this one macam sushi. *Saya suka!!*Cuma tak ada nasi. Just sayur (capsicums and cucumber) and crab stick yang dah di-slice kan, and wrap it up with seaweed. Before balut tu, letak soy sauce or mustard sauce. *Psst..letak soy sauce tau, mustard sauce macam blerghhh..ade rasa wasabi..haha

yes, that's our SLA lecturer. *pehal tah aku macam takde tulang belakang tu. cis!



the late comers. They're baking some biscuits before that. Yummy biscuits for sure!



Actually, si lecturer nak masak SEMUA, without us helping. Eh eh, tak bolehla macam itu.. So jadila ala-ala guru mengajar anak didik memasak di dapur selain subjek pening kepala di dewan kuliah. Dari se-simple mengupas bawang, memotong buah (kupas buah pun ada cara woh!), kepada cara mereneh ayam.(gila skema,mereneh!!!haha). Rugi tak datang awal and istiqamah. Haih!

Ape-ape pun, memang bestlah. Makan, ape yang tak best? Rugi oh tak datang!



:: Sangat setuju dengan entry faiez yang iniNampak macam tak boleh nak buat apa dengan samseng dunia ni. Cumanya dah tiba masa kita persiapkan diri mana yang patut. Kita perlukan pemerintahan khalifah macam zaman para anbiya dulu. Bila? Pasti. Pasti akan tiba saat dan ketikanya.Allahuakbar!