It's been a week. I had so much to blog about actually. One side of me wanted me to pour my heart out, tell the whole world what I've been dealing with. Yeah, the fragile, emofied me if you'd want to know. But the other side of myself asked me otherwise-to sit, think and reflect. So I've to be fair to myself, I let bits of every each if you realised. Subtly.
It wasnt something regular that I've been facing. The most remarkable, major pain that I gotta suck it up. Dugaan paling besar in my entire life. Sakit sangat rasa dia tak tahu nak explain macam mana. And to be honest, I wasnt truly myself the previous weeks of this term. Orang pergi kelas, aku pergi kelas. Orang attend seminar, aku attend seminar. Orang tanya bila ada practice untuk Mnight, aku arranged without having realise what actually I was doing. Konon-konon ikut flow. Seemed not a big deal.
But actually I was confused with myself, tried so hard to be the usual me (the-huha- huha-all-cheerful-lantak-lah-ape-jadi) but I wasnt genuinely happy inside. Jawab ok bila orang tanya but I wasnt truly alright. Simply sebab malas nak fikir konon-konon and I just dont know how to deal with it. I was confused. So much. I kept asking myself 'What am I supposed to react? What do I do with these feelings inside. They so wanted to get outta me but didnt find the right way.' And I did what's best I could do- share it with some. Very much helpful, but didnt last longer. Until at one point I didnt realise I was so tensed up, real stressful sampai tahap benda kecik pun nak sentap. Silap sikit nak mengamuk hentak sana sini. Silap cakap sikit, mengamuk campak-campak barang. Apekah, psycho gila weh. Pastu cepat gila terguris. Rasa diri sorang-sorang padahal tengah dalam lecture hall ramai-ramai. Rasa down gila, sebab rasa macam hadapi benda ni sorang-sorang je semua orang tak faham akuuuuu!Itu tak kena ini tak kena.Bila sorang-sorang dalam bilik, nak tidur malam, dalam toilet, nak bukak lecture notes, lepas sembahyang, satu-satu benda teringat. Bila teringat, jadi berkecamuk, hati remuk. Tapi buat-buat cool.Terlampau sangat rasa diri boleh cope, end up rasa macam nak meletup. And it did burst eventually. Kebabom!
Ada pulak syaitan durjana. Baik punya onar dia buat. Nampak kan sikit-sikit kronologi dia? Tak? Ok meh nak elaborate. Mula-mula, konon-konon ok, dia pun hasut 'takpe, kau telan je.sikit je tu. You're strong. Kau bukan wanita biasa.' Simpan. Telan.Terbeban.
Tiba-tiba ada orang silap cakap sikit mula ah sentap. Lagi dia cucuk-cucuk 'eh tengok tu apa dia post dekat wall dia tu doh?saje ah tu memang dia cakap kat kau la weh, tolonglah terasa. Terasa sekarang!' Terasa. Emo. Padahal ape kebenda entah takde kene mengena.
'dia memang tak faham kau. ade ke patut dia pun nak marah. sembur je dia, marah, tabur je ape kau nak tabur biar dia rasa apa kau rasa. Eleh, apa kau rasa ni lagi besar doh, tak semua orang boleh rasa.' Sembur. Sembur cukup-cukup. Cakap ikut suka tak kira apa janji hati puas. Padahal lagi sengsara. Takde makne nak tenang hati lepas maki orang de.
'kau campak je barang-barang. Lepaskan. Lepas tu kau puas. Kalau tak puas, kau amik pisau toreh lengan kau. Sadis sikit. Pastu orang pun tahu kau tengah down gila. Biar semua tahu. Sape suruh tak amik tahu' Campak barang, mengamuk. NASIB BAIK GILA tak buat benda last tuh. Nauzubillah. Astaghfirullah. Alhamdulillah aku waras lagi.
Memang durjana kan askar-askar ni?Adeeeeee je dia nak buat. Lagi-lagi bila tengah sedih, duduk pulak sorang-sorang. Jahanam.
Sebab masa tu aku lupa. Sungguh yang aku lupa, aku ada DIA, Ar-Rahmanirrahiim. Aku mengadu, tapi aku tak sungguh-sungguh. Aku kata aku sedih. Aku menangis atas sejadah sebab aku rasa aku tak sanggup dah, tapi aku tak mintak dekat DIA betul-betul. Aku tak sungguh-sungguh mintak untuk dikuatkan hati, untuk tenang dan permudahkan segalanya. Aku sambil lewa sebab aku rasa Allah tahu apa aku rasa, setiapnya yang aku simpan dalam hati. Ye, memang DIA tahu semuanya tapi kita ni hamba. Kita ni hina, apa hak kita untuk kita harapkan sesuatu tapi kita tak usaha untuk pohon dari yang Maha Kuasa? DIA memang akan bagi apa yang kita nak, DIA lebih tahu apa yang terbaik tapi kalau kita tak mintak, takkan tiba-tiba semuanya datang bergolek?Kalau setiap benda jadi kita nak harapkan pada keadaan untuk berubah jadi sediakala, hidup normal balik sedangkan kita tak ada effort, apa guna DIA turunkan ujian?Apa guna kita ni sedih-sedih rabak bagai kalau kita tak sedar hakikat DIA ada untuk dengar rintihan kita, sedihnya kita, pilunya hati kita, lemahnya kita untuk hadapi semua yang kita rasa tak sanggup dah. YA, DIA nak kita sedar DIA ada untuk kita. Bergantunglah pada DIA. Minta pada DIA. DIA Ar-Rahman Ar-Rahim. Itu je, Fadhillah Bakren..Kenapa lambat sangat kau nak sedar? Kenapa ego sangat untuk kau turunkan dahi kau, tadah tangan kau dan mintaklah apa yang kau nak masa kau tengah sangat-sangat lemah tu?
******
Well it's not that I am truly myself now. I dont dare to promise that all those crap feelings are all disappearing. It may get back to me especially when I heard or knew of any similar news. May be as bad or less than that. I am not really sure. But I am more convinced after what I've gone through that whatever it is, He's there for me, for us. He wont betray us, ever. He wont disappoint us, never. It's not that I am fearless of whatever coming through next but having to realise the fact that He's there to protect, to care and to love unconditionally and eternally provides me strength. All I have to do is prove. Show that what I am convinced with is real. Bukan setakat cakap. Bukan tenggelam timbul. Bukan sekadar masa tengah sedih dan rasa helpless je. Happy je tinggal. Lupa. Bila sakit, sedih, susah, frust, barulah merintih. Kita manusia biasa pun tak suka kan bila orang buat macam tu. Apatah lagi Allah yang Maha Esa. Penguasa seluruh alam, pemilik semuanya. Apa hak kita nak buat macam tu kan? And berapa banyak kali kalau nak kira kita buat macam tu pada DIA?
Jadi kalau dah rasa dah terbuat yang tak patut, kembali. Mintak ampun. Sungguh-sungguh pada DIA yang Maha Pengampun. Tak kira besar mana.
Dengan izin, DIA terima.
Mintalah.
1 comment:
sabar k..:(
Post a Comment